SME Bank tawar lanjutan moratorium - Utusan Malaysia

SME Bank tawar lanjutan moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SME Bank tawar lanjutan moratorium dan bantuan bersasar kepada hampir semua pelanggannya yang layak menerusi Program Kemudahan PKS (SRP) seperti diumumkan Ogos lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program SRP itu melibatkan 3,090 pelanggan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM4.8 bilion.

Beliau berkata, inisiatid SME Bank yang menyasarkan pelangan-pelanggan dalam lima sektor PKS dan bersaiz mikro dan kecil adalah seiring dengan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi seperti diumumkan oleh MEDAC.

“Lima sektor PKS yang disasarkan dalam program SRP ini ialah pelancongan, pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan stesen minyak. Dengan adanya bantuan-bantuan seperti SRP ini, kita dapat mencapai kestabilan ekosistem
keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan dalam tempoh segera serta memastikan PKS kekal berdaya saing dan mampan setelah dilanda krisis Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, pihak bank merangka program SRP dengan mengambil kira keperluan dan keteguhan aliran tunai perniagaan setiap pelanggan.

Katanya, Program SRP secara amnya menawarkan lanjutan tempoh pembiayaan sedia ada selama 12 bulan.

“Dari jumlah keseluruhan pelanggan yang layak, 66 peratus menerima pakej lanjutan moratorium sehingga 12 bulan
dan 15 peratus menerima pakej bayaran kadar keuntungan selama enam bulan. Pelanggan yang selebihnya akan menikmati penjadualan semula pembiayaan mereka,” katanya.

Tambah beliau, SME Bank telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan setiap pelanggan mendapat maklumat yang jelas berkenaan bantuan SRP yang ditawarkan.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk memastikan setiap Pengurus Perhubungan menghubungi pelanggan mereka, menganjurkan Hari Terbuka SRP di setiap cawangan, komunikasi melalui pelbagai platform media sosial, pesanan mesej ringkas dan panggilan telefon di samping edaran surat pemberitahuan kepada pelanggan yang terlibat.

Bantuan SRP akan bermula setelah tempoh moratorium automatik Bank Negara Malaysia berakhir pada 30 September 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.smebank.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-
26037700.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya