Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$104.8 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$104.8 bilion

PEMULIHAN ekonomi negara tahun ini diunjur sedikit rendah berbanding unjuran terdahulu. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.8 bilion (RM434.92 bilion) pada 15 September lalu meningkat berbanding AS$104.4 bilion (RM433.26 bilion) pada 28 Ogos lalu.

BNM dalam kenyataannya memaklumkan, paras rizab mencukupi untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Ujarnya, rizab mata wang asing berjumlah AS$96.3 bilion (RM399.65 bilion), turun daripada AS$97.3 bilion (RM403.80 bilion) dalam tempoh dua minggu.

Bagi rizab Dana Monetari Antarabangsa (IMF), Hak Pengeluaran Khas (SDR) dan emas tidak berubah masing-masing pada AS$1.3 bilion (RM5.40 bilion), AS$1.1 bilion (RM4.57 bilion) dan AS$2.2 bilion (RM9.13 bilion).

“Sementara itu, aset rizab lain meningkat kepada AS$3.9 bilion (RM16.19 bilion) daripada AS$2.5 bilion (RM10.38 bilion),” katanya.

Jumlah aset bank berjumlah RM502.209 bilion berbanding RM499.840 bilion pada 28 Ogos lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.