Moratorium: Sediakan payung sebelum hujan! - Utusan Malaysia

Moratorium: Sediakan payung sebelum hujan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bulan Oktober 2020, bagi para pemain kewangan terutamanya yang berada di dalam industri perbankan, dinanti dengan penuh keresahan. Ini kerana, mo­ratorium automatik yang diberikan kepada para pelanggan akan berakhir pada hujung September nanti.

Dengan berakhirnya moratorium, ia bermakna pelanggan yang sebelum ini diberikan kelonggaran untuk tidak membayar ansuran bulanan perlu menyambung semula pembayaran pembiayaan mereka.

Namun, sejak beberapa bulan yang lalu, kesemua pemegang taruh termasuk kerajaan, institusi perbankan, pengawal selia, dan persatuan industri, antara lain telah mengambil langkah bersedia untuk menghadapi situasi berakhirnya moratorium automatik.

Antara langkah utama yang telah digariskan adalah mengadakan lanjutan moratorium secara bersasar. Bezanya, moratorium bersasar ini meletakkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi. Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 98 peratus permohonan moratorium bersasar telah diluluskan oleh institusi kewangan.

Sehubungan dengan itu, beberapa saranan untuk tindakan lanjut boleh diambil para pelanggan dalam menghadapi situasi yang mendatang.

Pertama, pelanggan yang terkesan akibat Covid-19 dinasihatkan untuk menghubu­ngi bank masing-masing bagi berbincang dengan lebih lanjut dan mencari penyelesaian yang paling sesuai berkaitan dengan lanjutan moratorium. Persatuan Industri Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) yang berperanan untuk melindungi hak-hak pelanggan, kini sedang giat mempromosi kempen ‘Responlah!’. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan pelanggan yang layak menerima lanjutan moratorium datang berjumpa bank untuk dibantu.

Kedua, mana-mana pelanggan yang perlu kepada pemulihan akaun pembiayaan mereka, boleh mendapatkan bantuan khidmat nasihat percuma daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK, berupaya membantu individu yang mempunyai masalah kredit dengan menstruktur atau menjadualkan semula pembiayaan mereka secara terus dengan pihak bank, tanpa ejen atau orang tengah.

Saranan-saranan di atas adalah sejajar dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan dengan pemulihan akaun pembiayaan, termasuklah penstrukturan dan penjadualan semula akaun pembiayaan para pelanggan bank. Oleh yang demikian, tindakan para pelanggan yang terkesan untuk menghubungi bank masing-masing adalah satu langkah bijak. Sediakan payung sebelum hujan! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya