LTAL diiktiraf antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia - Utusan Malaysia

LTAL diiktiraf antara tujuh lapangan terbang terbaik dunia

KECEMERLANGAN LTAL dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan membolehkannya diiktiraf antara tujuh lapangan terbang terbaik di dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) disenarai sebagai satu daripada tujuh lapangan terbaik dunia menurut Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Pengiktirafan itu diberikan atas prestasi cemerlang dan konsistennya dalam menyediakan fasiliti dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pengiktirafan tersebut merupakan satu penghargaan buat MAHB lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada ACI yang merupakan institusi penting dalam industri penerbangan dunia.

“Maklum balas positif daripada penumpang yang diperolehi akan meningkatkan motivasi komuniti lapangan terbang dan rakan-rakan kongsi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik walaupun kita sedang berhadapan dengan waktu yang mencabar.

“Kami akan memastikan orang ramai kembali yakin dengan perjalanan udara. Kami akan terus melaksanakan langkah-langkah keselamatan pada tahap tertinggi di lapangan terbang dan memastikan pengalaman penumpang tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan dekat sini hari ini.

Dengan pengiktirafan tersebut, LTAL akan tersenarai dalam Gulung Kecemerlangan Pengarah ACI yang diwujudkan sejak 2011 untuk menyediakan penghargaan tambahan kepada lapangan terbang yang secara konsisten menyediakan perkhidmatan terbaik menurut pelanggan.

Maklum balas pelanggan diperolehi melalui tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) yang dilakukan setiap suku tahun sebagai penanda aras kecemerlangan perkhidmatan lapangan terbang di seluruh dunia.

LTAL mempunyai rekod memenangi pelbagai anugerah ASQ selama lima tahun, dalam tempoh 10 tahun belakangan ini. Antara anugerah yang dimenangi ialah Lapangan Terbang Kecil Terbaik mengikut Rantau dan Lapangan Terbang Terbaik mengikut Saiz.

“Penganugerahan terbaharu ini adalah bukti komitmen dan usaha kami untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan dan piawaian kualiti. Pasukan kami dipandu dengan ikrar untuk menyediakan interaksi penuh ceria, maka kami akan terus mencari jalan untuk meningkatkan perkhidmatan dan fasiliti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya