Bumi Armada raih dua kontrak RM2.06 bilion di India - Utusan Malaysia

Bumi Armada raih dua kontrak RM2.06 bilion di India

Kontrak melibatkan kerja-kerja pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) kapal Armada Sterling di Mumbai, India. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bumi Armada Bhd. mengumumkan telah berjaya menerima dua kontrak daripada syarikat milik kerajaan India, Oil and Natural Gas Corporation Ltd. (ONGC) bernilai RM2.06 bilion.

Menurut Bumi Armada dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) kapal Armada Sterling di Mumbai, India.

Katanya, FSPO Armada Sterling itu akan beroperasi di lapangan ONGC D1 terletak 200 kilometer daripada pantai barat Mumbai.

Bumi Armada memaklumkan, satu daripada dua kontrak yang berjaya diraih itu menerusi syarikat usahasama, Armada D1 Pte Ltd. (Singapore) bagi kontrak sewa bareboat (BBC) dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah AS$370 juta (RM1.54 bilion).

“Armada D1 merupakan syarikat yang dimiliki 51 peratus oleh Shapoorji Pallonji Oil & Gas Pte. Ltd. (SPOGPL) manakala 49 peratus lagi dimiliki Bumi Armada.

“Satu kontrak lagi diperoleh oleh syarikat usahasama Shapoorji Pallonji Armada Oil & Gas Services Pte. Ltd. (India) (SPAOGSPL) bagi operasi dan penyelenggaraan (O&M) dengan nilai sebanyak 9.2 bilion rupee (RM520 juta).

“SPAOGSPL dimiliki 60 peratus oleh SPOGPL manakala 40 peratus lagi dimiliki anak syarikat milik penuh Bumi Armada iaitu Bumi Armada (Singapore) Pte. Ltd.,” katanya dalam makluman itu.

Kedua-dua kontrak BBC dan O&M adalah untuk tempoh tetap 10 tahun dengan pilihan tahunan menambah lagi sehingga lima tahun bermula semalam, 25 September 2020.

Perolehan kontrak itu dijangka akan menyumbang kepada pendapatan masa hadapan kumpulan yang lebih positif.

Dalam perkembangan lain, Bumi Armada turut mengumumkan tarikh tamat sambungan kontrak bagi sewaan Armada Sterling FPSO berakhir kelmarin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya