Bank Rakyat perkenal sistem CoBRa - Utusan Malaysia

Bank Rakyat perkenal sistem CoBRa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat akan menjalankan proses menaik taraf sistem dari transformasi digital ke sistem Perbankan Teras (CoBRa) bermula 9 hingga 12 Oktober ini. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed berkata, pihaknya melaksanakan proses transformasi yang baharu ini bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya. 

“CoBRa merupakan salah satu projek rintis Bank Rakyat ke arah perbankan digital bagi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman perbankan terbaik melalui peningkatan sistem automasi berskala tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rosman memberitahu, sepanjang proses menaik taraf, para pelanggan dinasihat agar merancang transaksi perbankan sebelum tempoh gangguan perkhidmatan bermula seperti yang telah dijadualkan.

Beliau juga berharap transformasi itu dapat mempertingkatkan keselamatan dan menjadi inovasi kewangan dalam industri perbankan. 

“Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan memenuhi keperluan rangka kawal selia baharu.

“Di samping  itu juga, perkara ini diharapkan dapat merancakkan lagi inovasi kewangan serta memacu transformasi digital industri perbankan Malaysia,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.