AirAsia dijangka laksana pemberhentian pekerja - Utusan Malaysia

AirAsia dijangka laksana pemberhentian pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. dilaporkan mungkin sekali lagi terpaksa memberhentikan beratus-ratus pekerja dalam usaha bertahan dalam industri yang dilanda krisis Covid-19.

Menurut laporan Bernama memetik sumber yang mempunyai akses maklumat yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam sesi dialog awam semalam memberitahu, tiada perincian diumumkan tetapi kakitangan terlibat akan diberitahu selewat-lewatnya dalam tempoh 72 jam.

“Kita menghadapi masa yang sangat sukar. (Dalam) keadaan semasa, kita tak mampu bertahan dengan keadaan begini. (Ia) sangat mencabar..tidak mudah. (Kami) berusaha untuk mengekalkan perniagaan (pada masa sama) berusaha mengekalkan semua orang.

“Kami melakukan yang terbaik untuk bertahan seramai mungkin daripada anda dengan pesawat yang kita gunakan. Kami sangat berhati-hati dengan perincian (dalam membuat keputusan) hari ini. Malangnya, (kami telah memutuskan) untuk melepaskan beberapa orang daripada anda,” menurut Riad seperti dipetik oleh sumber yang tidak mahu dikenali.

Menurut sumber itu, pasukan pengurusan AirAsia akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada kakitangan terlibat seperti faedah perubatan, penebusan kupon penerbangan hingga akhir tahun dan kaunseling.

“Bagi mereka yang terjejas, saya minta maaf. Anda mesti kekal kuat. Kami akan menyokong anda dengan apa cara pun dan memastikan anda melalui semua ini. Ia bukan sesuatu yang saya banggakan tetapi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, saya mengambil sepenuh tanggungjawab dan akauntabiliti.

“Kami cuba yang terbaik. Syarikat perlu bertahan…Ini semua tentang kemandirian sekarang,” kata Riad seperti dipetik seterusnya mengatakan proses itu akan selesai pada akhir bulan ini.

Dalam sesi berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Bhd. (AAX), Benyamin Ismail mengumumkan, syarikat itu sedang melihat melaksanakan pemberhentian pekerja lebih meluas melibatkan kakitangan bahagian teknikal hingga kru kabin.

Proses tersebut akan dilakukan berdasarkan kepada ‘terakhir masuk, pertama keluar’, kata Benyamin seperti dipetik dengan ratusan akan terkesan dan hari terakhir berkuat kuasa penghujung Oktober.

Awal bulan Jun lalu, AirAsia telah memberhentikan lebih 250 kakitangan susulan penularan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya