Tiguan AllSpace dijual pada harga bermula RM164,430 - Utusan Malaysia

Tiguan AllSpace dijual pada harga bermula RM164,430

TIGUAN Allspace yang tampil dengan rekaan lebih versatil, bakal menarik perhatian penggemar kenderaan SUV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pelancaran rangkaian model Tiguan Allspace serba baharu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) menarik yang dijangka memberi impak besar kepada segmen SUV tempatan.

Menurut VPCM, Tiguan Allspace yang ditawarkan dalam dua varian iaitu Highline 1.4TSI dan R-Line 2.0TSI merupakan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

Katanya, Allspace merupakan versi Tiguan dengan tapak roda lebih panjang tampil dengan rekaan hadapan serta belakang yang tersendiri.

VPCM berkata, SUV tujuh tempat duduk Highline serba baharu ditawarkan pada harga RM169,990 manakala R-Line berharga RM213,490.

“Dengan adanya pengecualian cukai jualan, kedua-dua varian tersebut ditawarkan pada harga lebih rendah iaitu RM164,430.75 dan RM208,553.79 sehingga 31 Disember 2020 dengan pemilik akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tiga tahun di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

“Allspace menggabungkan prestasi dinamik, pengalaman off-road sebenar dan mengetengahkan ‘DNA’ SUV Volkswagen yang baharu sekali gus menjadikannya cukup versatil serta menarik perhatian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu, pasaran SUV yang semakin berkembang di Malaysia menawarkan peluang terbaik kepada Tiguan Allspace untuk menarik perhatian pelanggan.

“Pasaran SUV di Malaysia telah berkembang sebanyak 65 peratus dan kami percaya ia akan terus memacu pasaran automotif.

“Dengan penambahan dua varian Tiguan Allspace, Volkswagen akan dapat memenuhi keperluan pembeli apabila menawarkan mereka dengan pilihan jentera tujuh tempat duduk bersama kualiti kejuruteraan Jerman serta prestasi yang tiada tandingan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya