fbpx

24 September 2020, 4:29 pm

  TERKINI

‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ tawar RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelanggan setia Bank Muamalat Malaysia Bhd. berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM1 juta menerusi kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ yang dilancarkan untuk tahun kedua berturut-turut. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, kempen yang akan berlangsung selama setahun bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Julai 2021 itu merupakan kesinambungan daripada ‘Simpan & Menang Kaw Kaw’ tahun lalu yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan. 

Katanya, kempen baharu ini akan menawarkan lebih banyak ganjaran berbanding kempen sebelumnya merangkumi lebih 900 hadiah menarik. 

“Selain hadiah utama bernilai RM1 juta, pelbagai hadiah lain yang ditawarkan termasuk empat buah kereta premium popular iaitu Honda CRV, Honda Civid dan Proton X70 untuk cabutan suku tahunan. 

“Hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk cabutan bulanan peringkat kebangsaan dan cabutan bulanan tempatan. Untuk kempen kali ini, Bank Muamalat turut memperkenalkan cabutan hadiah wang tunai bulanan khas untuk kategori pesara berumur 55 tahun ke atas. 

“Kempen ini sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran menarik untuk memenuhi keperluan mereka terutama ketika ekonomi dijangka bertambah baik daripada kesan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ terbuka untuk semua pelanggan sedia ada dan baharu yang mempunyai akaun simpanan, akaun semasa dan akaun gaji di Bank Muamalat.

Pemegang akaun tersebut akan mendapat kelayakan secara automatik dengan menyimpan minimum RM100 dalam akaun Simpanan Bank Muamalat dan RM500 dalam akaun Semasa, sepanjang tempoh kempen berlangsung.

BERITA BERKAITAN