Pendapatan ASM 2 Wawasan RM907.3j - Utusan Malaysia

Pendapatan ASM 2 Wawasan RM907.3j

asb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) syarikat pengurusan unit ama­nah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) meng­umumkan pendapatan unit amanah harga tetap Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 Wawasan) berjumlah RM907.3 juta bagi tahun kewa­ngan berak­hir 31 Ogos 2020.

Pembayaran pengagihan pendapatan itu bakal memanfaatkan 890,038 pemegang unit dengan pegangan 22.6 bilion unit.

Menurut PNB, pulangan bernilai 4 sen seunit disifatkan kekal kompetitif dan mengatasi penanda aras pulangan purata Deposit Tetap 12 bulan Maybank pada kadar 2.61 peratus sebanyak 139 mata asas bagi tahun kewangan semasa setakat 26 Ogos lalu.

PNB berkata, dalam masa yang sama FBM KLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak 3.88 peratus daripada 1,612.1 ke 1,549.6 mata di sebalik prestasi pasaran saham yang sangat mencabar dipengaruhi pandemik Covid-19.

PNB mengumumkan ASM 2 Wawasan juga mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM802.3 juta untuk 11 bulan pertama tahun kewa­ngannya pada 31 Julai 2020.

“Dana ini menjana jumlah pendapatan kasar direalisasi sebanyak RM1.04 bilion dengan keuntu­ngan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat tersenarai dan tidak tersenarai berjumlah RM579.4 juta atau 55 peratus daripada jumlah pendapatan kasar direalisasi.

“Pendapatan daripada jualan saham pula me­nyumbang RM281.1 juta atau 27 peratus dengan baki RM183.2 juta atau 18 peratus adalah daripada pelaburan dalam sukuk, deposit tetap Islamik dan instrumen berpendapatan tetap lain serta lain-lain pendapatan,” kata PNB dalam kenyataan semalam.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan dana tersebut dengan pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September 2020.

Semua urus niaga bagi ASM 2 Wawasan telah ditangguhkan buat sementara waktu mulai 27 hingga 31 Ogos ini untuk tujuan pengiraan peng­agihan pendapatan.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka melalui portal ASNB iaitu www.myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan serta ejen ASNB seluruh negara apabila urus niaga kembali beroperasi pada 1 September 2020.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya