fbpx

Impak PKP 2 lebih parah

SEKTOR pelancongan akan menerima impak paling teruk jika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sekali lagi apabila penularan Covid-19 semakin meningkat.
  • 2 Ogos 2020, 2:33 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MUKADIMAH
KEBIMBANGAN berlakunya gelombang kedua penularan Covid-19 sememangnya mempunyai asas memandangkan vaksin virus itu masih belum lagi ditemui dan mengambil kira kebanyakan negara masih bergelut memastikan Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya. Sekiranya kes jangkitan kembali melonjak naik, kerajaan tidak menolak kemungkinan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) kedua. Wartawan Utusan Malaysia, AFIQ MOHD. SHAH mendapatkan pandangan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), PROF MADYA DR. BAHAROM ABDUL HAMID mengenai impak pelaksanaan PKP 2 terhadap ekonomi negara.

APA akan berlaku kepada ekonomi sekiranya kerajaan memu-tuskan melaksanakan PKP 2 jika kes semakin meningkat?
Keadaan ekonomi Malaysia buat masa ini agak rapuh, seperti mana proses pulih sete-lah sakit, jika PKP dikenakan kembali, ini akan merencatkan pertumbuhan ekonomi kita dan yang lebih ditakuti, melumpuh-kan beberapa sektor yang sudah tersungkur. Contohnya sektor penerbangan dan pelancongan. Dari segi mikro pula mereka yang diklasifi kasikan sebagai usahawan nano dan mikro akan paling terkesan.

Adakah akan berlaku impak negatif lebih besar kepada ekonomi dalam PKP 2 berban-ding PKP yang dilaksanakan se-belum ini?
Semasa PKP yang pertama tem-poh hari, ada tabungan atau sim-panan ketika ekonomi berkeadaan baik, namun PKP 2 tiba pada masa mereka baru ingin mengukuhkan kembali ekonomi, sudah tentu impaknya lebih parah.

Memandangkan ekonomi sedang dalam proses pemulihan, PKP 2 akan merencatkan proses itu, jadi berapa lama tempoh masa yang akan diambil untuk ekonomi negara pulih jika PKP 2 dilaksanakan?                                                                                                                                                                                                                                                                                   Jika kita melihat pada PKP 1, dijangka ekonomi kita mampu mencatatkan pertumbuhan positif pada suku pertama 2021 tetapi saya tidak berani mera-mal apa kesan PKP 2 kerana tidak pasti tempoh PKP 2 sama ada jika tempohnya serupa dengan PKP 1. Tetapi saya jang-kakan, secara realistiknya kita menyasarkan suku ketiga 2021, baru ekonomi akan pulih jika PKP 2 dilaksanakan.

Sektor mana yang akan terjejas teruk jika gelombang kedua dan PKP 2 berlaku?
Dari segi sektor, sudah tentu yang paling terkesan ada-lah sektor penerbangan dan pengangkutan awam yang lain, sektor pelancongan dan ekreasi manakala dari segi mikro, usahawan nano dan mikro, g erai makanan khasnya yang tidak menggunakan penghan-taran secara dalam talian pasti akan terkesan.

Adakah negara bakal me-nyaksikan peningkatan ber -terusan jumlah kadar penggangguran dan apa cara sesuai membendung perkara ini jika ia berlaku?
Ini adalah sesuatu yang dikhuatiri meningkat. Cara mengubatinya adalah dengan menyediakan prasarana latihan semula, atau prasarana memberi latihan kemahiran baharu seperti teknologi maklumat (IT), digital dan sebagainya untuk yang kehilangan pekerjaan.

PROF MADYA DR. BAHAROM ABDUL HAMID

POPULAR