Galaxy Note20 baharu banyak fungsi menarik - Utusan Malaysia

Galaxy Note20 baharu banyak fungsi menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. melancarkan tele­fon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy Note20 yang tampil dengan pelbagai fungsi menarik.

Ketua Pemasaran Produk, Teknologi Maklumat (IT) dan Perniagaan Mudah Alihnya, Luke Au berkata, teknologi mudah alih memainkan pera­nan kritkal ketika masyarakat berdepan fasa norma baharu.

“Ramai pelanggan yang memperkatakan tentang Samsung memberikan mereka tempat baharu untuk berkomunikasi, tempat baharu untuk bekerja dan tempat baharu untuk berhubung,” katanya pada acara ‘Samsung Galaxy Note20 Experiential Session’ di sini, semalam, lapor Bernama.

Presiden Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Samsung, Yoonsoo Kim pula berkata, setiap perincian Ga­laxy Note20 dilakukan dengan penuh teliti dengan tujuan membawakan setiap bahagian penting dalam kehidupan pengguna sama ada bekerja atau bermain, ke dalam satu peranti tunggal.

Beliau berkata, pelancaran telefon pintar baharu itu akan mentakrif semula makna dan tujuan teknologi mudah alih­nya yang ada sekarang.

Galaxy Note20 dijual pada harga bermula daripada RM3,899, didatangkan dengan pilihan warna mystic baharu iaitu gangsa, hijau, putih dan kelabur dengan S Pen warna sepadan.

Antara ciri-ciri menarik te­lefon pintar itu adalah S Pen yang ditambah baik serta dikuasakan dengan pemproses terkini Exynos serta paparan 120Hz dan Wireless DeX untuk tujuan permainan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya