FGV unjur jualan nanas MD2 RM12j - Utusan Malaysia

FGV unjur jualan nanas MD2 RM12j

HARIS Fadzilah Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd. (FGV) mengunjurkan untuk memperoleh pendapatan hasil jualan pengeluaran 4,000 tan metrik nanas MD2 bernilai RM12 juta.

Sehubungan itu, FGV menyediakan peluang kepada 15 agropreneur tempatan untuk memajukan tanaman nanas MD2 di bawah projek FGV Chuping Agro Valley (FCAV) di Perlis.

FGV dalam satu kenya­taan berkata, projek FCAV merangkumi empat segmen utama iaitu kontrak ladang nanas MD2, ladang ubi kayu komersial, ladang mangga harumanis dan lembah tenusu.

FCAV turut menempatkan kilang makanan haiwan ternakan, kompleks perumahan pekerja dan pusat penyelidikan kelapa sawit.

FCAV akan dibangunkan mengikut jadual selepas FGV memeterai memorandum kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam majlis komitmen pelaburan bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, komitmen pelaburan FGV di FCAV bernilai sehingga RM100 juta itu akan menjadikan Perlis pengeluar utama agromakanan negara.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya