CEO Mah Sing dilantik Pengerusi REHDA Selangor - Utusan Malaysia

CEO Mah Sing dilantik Pengerusi REHDA Selangor

Ho Hon Sang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Berhad (Mah Sing), Datuk Ho Hon Sang dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Selangor bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa semalam.

Hon Sang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi REHDA Selangor, mempunyai pengalaman hampir empat dekad dalam industri pembangunan hartanah termasuk dalam bidang kejuruteraan, perundingan, penswastaan jalan dan pengurusan.

Mengulas pelantikan beliau, Hon Sang berkata, beliau berbesar hati dengan pelantikan tersebut mengambil kira peranannya sebagai Timbalan Pengerusi REHDA Selangor sebelum ini.

“REHDA Selangor akan bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pemaju untuk meningkatkan landskap industri hartanah di dalam negara di persekitaran yang mencabar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mah Sing dalam satu kenyataan berkata, Hon Sang merupakan lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM). Beliau merupakan ahli Institut Kejuruteraan Malaysia dan Ahli Lembaga Kejuruteraan Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya profesional sebagai jurutera dengan terlibat dalam projek pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Beliau juga memegang jawatan Pengarah Urusan Bahagian Pembangunan Hartanah di Sunway Berhad.

Sepanjang kerjayanya, Hon Sang terlibat dalam banyak projek pembangunan hartanah termasuk merangka pelan induk perbandaran, pembangunan bercampur membabitkan komponen peruncitan, komersial, pendidikan, perubatan, hospitaliti dan riadah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya