TNB tingkat pegangan saham dalam Jimah Energy Ventures - Utusan Malaysia

TNB tingkat pegangan saham dalam Jimah Energy Ventures

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (tiga,kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (empat, kanan) ketika menandatangani perjanjian penjualan saham Jimah Energy Ventures Holdings (JEVH) Sdn Bhd., semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Penjanaan Tenaga TNB, Datuk Nor Azman Mufti (paling kanan), Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan AB Rahman (dua, kanan) dan Setiausaha Syarikat TNB, Norazni Mohd Isa (tiga, kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara rasmi memeterai dokumen perjanjian jual beli kesemua lima peratus saham biasa dalam Jimah Energy Ventures Holdings (JEVH) Sdn. Bhd. dan lima peratus Nota Kelas B dikeluarkan Special Power Vehicles Berhad (SPVB) dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM80 juta. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, TNB kini memiliki 25 peratus ekuiti masing-masing dalam saham biasa JEVH dan Nota Kelas B SPVB dengan baki 75 peratus saham serta Nota Kelas B dipegang oleh anak-anak syarikat Edra Power Holdings Sdn. Bhd. 

Katanya, TNB telah mengukuhkan portfolio penjanaan tenaga dalam Semenanjung Malaysia menerusi pengambilalihan tersebut. 

“Pertambahan pegangan dalam JEVH boleh membawa pulangan positif kepada pendapatan Kumpulan TNB dan akan menambah nilai bagi pihak berkepentingan dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan. 

Amir Hamzah telah menandatangani sendiri dokumen perjanjian jual beli dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. 

JEVH buat masa ini memegang 100 peratus pegangan ekuiti dalam Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd., sebuah syarikat kegunaan khas diwujudkan untuk pembangunan dan operasi stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2×700 megawatt (MW) dengan kontrak perjanjian pembelian tenaga (PPA) selama 25 tahun yang akan tamat pada 2033. 

Stesen tersebut terletak di mukim Jimah, Port Dickson bersebelahan dengan Stesen Janakuasa Tunku Muhkriz yang berkapasiti 2×100 MW di mana TNB mempunyai 70 peratus kepentingan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya