Temasek catat NPV S$306 bilion - Utusan Malaysia

Temasek catat NPV S$306 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Temasek yang berpangkalan Singapura melaporkan nilai portfolio bersih (NPV) awal berjumlah S$306 bilion (RM938.19 bilion) setakat 31 Mac 2020.

Menurut laporan Bernama, firma pelaburan itu berkata, jumlah NPV berkenaan telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 16 tahun, melonjak daripada S$90 bilion (RM275.94 bilion) setakat 31 Mac 2004.

“Secara keseluruhan, kami gembira dengan prestasi ini walaupun berlakunya pembetulan yang ketara berikutan COVID-19,” kata ketua pegawai eksekutif Temasek International, Dilhan Pillay dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pillay berkata, Temasek mempunyai gabungan pelaburan tersenarai dan tidak tersenarai yang baik, keseimbangan yang padu antara pendokong portfolio dan pelaburan baharu ke arah trend aliran baharu dan jangka panjang.

“Ini membantu menambah daya tahan kami,” kata beliau.

Temasek telah menyediakan prestasi porfolio awalnya, menjelang pengumuman tahunan prestasi portfolio dan kewangan kumpulan disatukan September ini.

Prestasi akhir yang telah diauditkan itu dijangka dimuktamadkan pada September berikutan kelewatan dalam penerimaan keputusan syarikat dan sekutu yang telah diaudit dalam portfolio Temasek.

Kelewatan berkenaan disebabkan sekatan pergerakan, pemutus litar dan sekatan perniagaan dan komuniti lain yang timbul daripada tindak balas COVID-19 seluruh dunia.

Pillay berkata, impak COVID-19 telah memburukkan lagi ketidakpastian para pelabur jangka panjang dan pemilik aset yang juga turut terjejas oleh ketegangan geopolitik dan perdagangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya