Huawei pintas Samsung kedudukan pertama dunia - Utusan Malaysia

Huawei pintas Samsung kedudukan pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Huawei, pengeluar ­telefon pintar terkemuka China, ‘memintas’ Samsung sebagai penjual telefon pintar nombor satu dunia pada suku kedua, menurut perangkaan terkini Canalys.

Menurut Canalys, Huawei menghantar 55.8 juta peranti berbanding Samsung yang ­hanya membuat penghantaran sebanyak 53.7 juta unit.

Jualan yang dicatatkan pada suku pertama itu adalah ­selepas syarikat lain seperti Samsung atau Apple yang ­dahulu menerajui pasaran.

Sekatan Amerika Syarikat (AS) telah menyekat perniagaan Huawei di luar China, namun ia berkembang dalam pasaran ­negaranya.

Lebih dari 70 peratus telefon pintar Huawei terjual berbanding Samsung yang mempunyai jualan rendah di pasaran.

Penganalisis Canalys, Mo Jia berkata, penghantaran ke luar negara turun hampir sepertiga pada suku kedua dan beliau memberi amaran kepada ­China, ekonomi tidak akan pulih jika hanya bergantung kepada Huawei.

Krisis geopolitik antara ­Beijing dan Washington ­menyebabkan Huawei berdepan ancaman keselamatan siber yang ketara. Ia termasuk kerajaan Britain yang ‘tunduk’ kepada AS dengan berjanji untuk menghapuskan Huawei daripada rangkaian 5G mereka pada 2027.

“Perubahan politik memaksa syarikat berhenti membeli peralatan 5G baharu daripada ­Huawei mulai tahun depan dan menanggalkan peralatan yang ada pada akhir 2027,” katanya.

Tambah Canalys, pengeluar telefon pintar Korea Selatan pula mencatat kejatuhan jualan lebih besar iaitu 30 peratus berikutan krisis Covid-19 yang mengganggu pasaran utama seperti Brazil, AS dan Eropah.

Huawei jatuh 27 peratus pada suku kedua 2020 bagi penghantaran ke luar negara berbanding suku sama tahun lalu, tetapi penguasaan syarikat itu dalam pasaran China mencatatkan ­pemulihan pantas daripada Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya