BNM beri jaminan tiada rekod dalam CCRIS peminjam - Utusan Malaysia

BNM beri jaminan tiada rekod dalam CCRIS peminjam

bank negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai yang mahu membuat lanjutan moratorium supaya memohon secara terus dengan bank masing-masing mulai 7 Ogos ini. 

Menurut bank pusat itu, pihaknya telah menyarankan kepada pihak bank supaya mempermudahkan proses permohonan dan keperluan dokumentasi untuk peminjam. 

“Kami menyedari akan keadaan yang luar biasa ini, fleksibiliti yang diberikan kepada peminjam sepanjang tempoh ini tidak akan keluar dalam laporan CCRIS peminjam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas BNM, peminjam yang mempunyai pinjaman dengan lebih daripada satu bank tidak perlu bimbang kerana mereka boleh dibantu melalui khidmat pusat “sehenti” yang relevan untuk mendapatkan pakej bantuan pembayaran balik yang bersesuaian iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi individu manakala Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS) untuk PKS. 

“BNM akan memantau kemajuan pelaksanaan inisiatif yang dijalankan oleh institusi perbankan bagi membantu peminjam yang masih menghadapi kesulitan kewangan sementara. 

“Malah, kami juga akan terus menumpukan usaha bagi memastikan sistem perbankan terus menjalankan fungsi perantaraannya dengan berkesan dalam menyokong pemulihan ekonomi,” katanya. 

Bagaimanapun, BNM menasihati semua peminjam lain yang mampu perlu mula membuat pembayaran balik, kerana tindakan ini akan mengurangkan hutang dan kos pembiayaan keseluruhan yang mereka tanggung.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya