83.5 peratus sudah bekerja - Utusan Malaysia

83.5 peratus sudah bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Situasi tenaga buruh di Malaysia dijangka bertambah baik Jun tahun ini dan  terus mengukuh dalam tempoh sederhana sehingga  separuh kedua tahun 2020.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kajian Jabatan Perangkaan mendapati, kira-kira 12.7 juta atau bersamaan 83.5 peratus pekerja sudah mula bekerja berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pekerja pada 17 Mei lalu.

Katanya,  ia hasil pakej rangsangan kerajaan selain lebih banyak perniagaan yang dibenarkan beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lalu.

“Selain itu, selepas PKPB mula berkuat kuasa pada 10 Jun lalu, keadaan ekonomi sudah memperoleh kembali momentum.

“Ini seterusnya dijangka dapat mengekalkan pekerjaan, mewujudkan pekerjaan baharu dan mendorong pengambilan pekerja,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) berhubung unjuran kadar pengangguran negara dan anggaran jumlah penduduk yang menganggur sehingga akhir tahun, selain langkah yang diambil kementerian dalam mengatasi lonjakan kenaikan kadar pengangguran terkini.

Dalam pada itu, Saravanan berkata,  hasil kajian kadar pengagguran yang dibuat Jabatan Perangkaan disifatkan realistik.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya