Wahabi tidak sesuai di negara ini - Utusan Malaysia

Wahabi tidak sesuai di negara ini

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah itu fahaman Wahabi? Dan adakah ia diterima dalam masyarakat Islam di negara ini?

Halim Shahar
Selangor.

Jawapan
Fahaman Wahabi adalah kefahaman yang berdiri di atas lateral terhadap nas-nas hadis dan mereka bergerak di dalam kerangka itu. Namun fahaman ini sesuai di negara Arab, tidak sesuai di negara kita.

Boleh, asalkan
tidak menghina

Soalan
Apa hukumnya memberi nama haiwan peliharaan seperti kucing dengan nama manusia?

Ruzita Ralip
Melaka

Jawapan
Memberi nama kepada binatang adalah harus yang sesuai dengan tabiat binatang. Adapun meletak nama manusia kepada kucing tanpa ada maksud penghinaan kepada manusia lain insya-Allah tidak mengapa. Bagi saya lebih baik nama-nama yang tidak menimbulkan kesangsian dalam masyarakat.

Tidak dapat pahala
puasa enam

Soalan
Apa hukumnya tidak dapat menghabiskan puasa sunat enam. Ada yang dapat buat kurang daripada enam. Adakah puasa itu diterima?

Mohd. Nurudin
Pahang.

Jawapan
Tidak ada dosa tidak menghabiskan puasa enam namun dia tidak lah memperoleh pahala puasa enam. Pahala puasa itu tetap ada walaupun bukan puasa enam.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya