Jejak Ulama: Berkorban demi madrasah

Jejak Ulama: Berkorban demi madrasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Impian untuk menubuhkan madrasah sejak kecil dan berkhidmat kepada masyarakat mendorong pendakwah bebas terkenal, Mustaffa Kamal Hamzah, 49, melepaskan kerjayanya sebagai kakitangan awam pada 2005.
ustaffa Kamal, Mudir Madrasah Al-Hidayah Al-Ghazaliyyah di Batu Buruk, Terengganu berkata, keputusannya untuk berhenti kerja di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu itu bagaimanapun mendapat sokongan isteri, Mariati Saidi, 47.

Namun, laluan pendakwah bebas yang sering muncul dalam program-program agama di televisyen seperti rancangan Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Al-Kuliyyah itu untuk merealisasikan impian zaman kecilnya tidak semudah disangka, sebaliknya terpaksa berdepan cabaran getir di peringkat awal pembabitannya dalam kerjaya baharu tersebut.

Katanya, dia pernah berhutang untuk membeli lampin anaknya, di samping turut diuji dengan masalah kesihatan dipercayai akibat disihir sehingga menyebabkan pusat pengajian tersebut hampir ditutup.

“Pada awalnya ayah saya, Hamzah Long bimbang dengan nasib saya sekeluarga yang ketika itu mempunyai dua anak kecil sehinggakan hendak beli lampin pakai buang pun terpaksa berhutang.

“Banyak lagi dugaan dihadapi dalam membangunkan madrasah ini, tetapi aturan Allah SWT maha adil dan alhamdulillah saya mampu bertahan hingga kini, bahkan turut membuka dua cawangan lain iaitu Ribath Saiyyidah Nafisah di Batu Buruk untuk pelajar perempuan di samping Maahad Minhajul Abidin untuk lelaki di Kampung Getang, Hulu Terengganu,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Mustaffa Kamal, ketiga-tiga madrasahnya itu kini mempunyai seramai 80 pelajar dan kesemua mereka didedahkan dengan 20 bidang pengajian dalam tempoh tiga tahun antaranya pengajian al-Quran, bahasa Arab, tauhid, fikah, akhlak dan lain-lain lagi.

Katanya, dengan kadar yuran bulanan RM250 seorang, madrasahnya menjadi pilihan pelajar di seluruh negara dan bukan di pantai Timur sahaja.

Bapa kepada lapan anak itu berkata, sehingga kini kira-kira 200 pelajar berjaya menamatkan pengajian di madrasah tersebut dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di Indonesia atau Yaman mengikut kelayakan masing-masing.

Katanya, kebanyakan anak didiknya menceburi kerjaya sebagai pendakwah setelah tamat pengajian di samping bergelar tenaga pengajar di madrasah tersebut.

Terdahulu, beliau berkata, kos pembinaan pusat pengajian persendirian yang dibangunkannya itu adalah hasil sumbangan orang ramai termasuk dalam kalangan ulama dari luar negara termasuk

Yaman yang datang berkunjung dan menyampaikan ceramah di madrasahnya.

“Sehingga kini kerja-kerja penambahbaikan madrasah masih dilakukan terutama dari segi fasiliti bagi memberi keselesaan kepada pelajar secara berperingkat mengikut keadaan kewangan semasa,” jelasnya. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.