Covid-19: 2,007 kes positif; Selangor, 693 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: 2,007 kes positif; Selangor, 693 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,007 kes berbanding kelmarin, 1,867 kes sekali gus diatasi 1,407 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 693 kes diikuti Kuala Lumpur (356), Perak (174), Sabah (171), Negeri Sembilan (122) dan Pulau Pinang (117).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Sarawak (80), Kedah (79), Melaka (60), Johor (45), Putrajaya (34), Pahang (30), Kelantan (24) dan Terengganu (15). Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes dan Labuan, dua kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 350 orang berbanding kelmarin, 365 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 42 kes berbanding jumlah kelmarin, 43 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 19 kes berbanding jumlah kelmarin, 24 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,081 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,374 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,733 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.