Covid-19: Kes positif meningkat melebihi 5,000; Selangor tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif meningkat melebihi 5,000; Selangor tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 5,230 kes berbanding kelmarin, 4,098 kes sekali gus mengatasi 2,927 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,877 kes diikuti Kuala Lumpur (1,584), Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236), Pulau Pinang (219), Melaka (140), Johor (107), Putrajaya (102), Kedah (76), Pahang (70) dan Sarawak (68).

Ini diikuti Kelantan (48), Terengganu (23), Labuan (12) dan Perlis, lapan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 608 orang berbanding kelmarin, 593 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 64 kes berbanding jumlah semalam, 53 kes.

Bagaimanapun jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 44 kes berbanding jumlah kelmarin, 35 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 12 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lapan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,836 kes. Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,600 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya