Kes Covid-19 4,774 kes - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 4,774 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 4,774 kes positif baharu Covid-19 dicatakan hari ini berbanding semalam 5,139 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah baharu itu menjadikan kes kumulatif setakat ini adalah  2,870,758 kes.

Berdasarkan data di laman sesawang Covidnow, sebanyak 22,924,199 individu dewasa atau 97.9 peratus melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi penduduk remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6 peratus melengkapkan pelalian, sementara 2,867,585 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, kira-kira 11,889,785 individu dewasa atau 50.8 peratus daripada penduduk kumpulan itu sudah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya