Jepun sumbang peralatan rangkaian sejuk bernilai lebih RM6 juta - Utusan Malaysia

Jepun sumbang peralatan rangkaian sejuk bernilai lebih RM6 juta

KHAIRY Jamaluddin menerima sumbangan peralatan rangkaian sejuk yang disampaikan oleh Oka Hiroshi dalam satu majlis penyerahan rasmi di Putrajaya. - FOTO KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sumbangan peralatan rangkaian peti sejuk dari kerajaan Jepun bernilai lebih RM6 juta bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin Covid-19.

Sumbangan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) itu melibatkan sejumlah 184 unit peti sejuk, 1,343 unit kotak pendinginan (cold box) dan 1,579 unit pencatat data (data logger) yang telah diagihkan ke fasiliti kesihatan di seluruh Malaysia. 

KKM dalam kenyataan akhbar memaklumkan, sumbangan tersebut telah dilaksanakan melalui Kerjasama Teknikal Malaysia dan Jepun yang diselaraskan oleh JICA.

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima sumbangan berkenaan yang diserahkan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi dan Senior Representative JICA Malaysia, Fukazawa Shinsaku dalam satu Majlis Penyerahan Rasmi yang diadakan hari ini di Putrajaya.

“Peralatan yang disumbangkan membantu menampung keperluan penyimpanan vaksin Covid-19 sepanjang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan diserahkan kepada fasiliti bermula September lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Jepun dan mengalu-alukan kerjasama ini di masa hadapan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya