90 peratus vaksinasi Melaka dicapai hari ini - Utusan Malaysia

90 peratus vaksinasi Melaka dicapai hari ini

KAMEL Mohamad (kiri) beramah mesra dengan seorang penerima vaksin ketika lawatan program vaksinasi orang asli di Balai Raya Taman Kejora, Kuala Sungga, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Melaka hanya berbaki 0.49 peratus sahaja lagi untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa divaksinasi dan dijangka peratusan itu  dapat dicapai sepenuhnya hari ini. 

 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata, setakat pagi tadi, 89.51 peratus daripada 677,400 populasi dewasa telah lengkap menerima dua suntikan dos vaksin. 

 

Katanya, pencapaian itu merupakan indikator terbaik bagi kerajaan negeri untuk melakukan persiapan peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.

 

“Setakat pagi tadi,lebih 606,340 telah divaksin dan kini Melaka hanya berbaki 0.49 untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa yang lengkap divaksin. 

 

“Kadar vaksinasi bagi remaja bawah 18 tahun pula telah merekodkan sebanyak 80.09 peratus daripada jumlah populasi 86,500 remaja,” katanya 

 

“Ini hanya pada peringkat dos pertama berikutan program vaksinasi golongan itu baharu dijalankan di negeri ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada program vaksinasi orang asli di Balai Raya Taman Kejora, Kuala Sungga di sini hari ini. 

 

Hadir sama Pegawai Kemajuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Alor Gajah dan Jasin, Adzrien Ab. Rahim. 

 

Tambahnya, bagi keseluruhan negeri, kadar vaksinasi telah mencecah 65.01 peratus daripada jumlah populasi 932,700 orang.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, untuk program vaksinasi melibatkan orang asli, seramai 840 daripada 2,075 telah lengkap menerima dua dos. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN