Covid-19: 11, 332 kes, Sarawak kekal tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: 11, 332 kes, Sarawak kekal tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes Covid-19 hari ini mencatatkan 11,332 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di Facebook miliknya berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, Sarawak mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,358.

Katanya, ia disusuli dengan Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231); Kelantan (1,088); Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677); Terengganu (629); Melaka (303); Kuala Lumpur (240); Negeri Sembilan (89); Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes dan tiga kes baharu dilaporkan di Labuan.-UTUSAN ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN