40 warga IPD Gua Musang positif Covid-19 - Utusan Malaysia

40 warga IPD Gua Musang positif Covid-19

WAKIL Kelab Lions, Tan Teoh Teik Choon menyampaikan sumbangan kepada Sik Choon Foo untuk diagihkan kepada warga IPD Gua Musang yang dijangkiti Covid-19 di Gua Musang hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 40 anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bersama ahli keluarga masing-masing disahkan positif Covid-19 tahap satu dan dua, sejak seminggu lalu.

 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo yang berkata, mereka semua sudah menerima rawatan dan kini menjalani kuarantin selama dua minggu di kuarters IPD Gua Musang.

 

Katanya, kesemua anggota terbabit dipercayai dijangkiti virus tersebut ketika menjalankan tugasan harian di tempat awam.

 

“40 anggota kita bersama ahli keluarga masing-masing yang menjadi kontak rapat kini dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19 tahap satu dan dua.

 

“Jangkitan ini adalah terbesar di IPD Gua Musang, sebelum ini cuma sebilangan kecil sahaja positif Covid-19,” katanya kepada pemberita di IPD Gua Musang, di sini hari ini.

 

Terdahulu,Choon Foo menerima bantuan makanan disampaikan Kelab Lions untuk disalurkan kepada 40 anggota dan keluarga masing-masing yang sedang dikuarantin.

 

Choon Foo dalam pada itu memberitahu, setakat ini kesemua kira-kira 200 anggota polis pelbagai pangkat yang bertugas di IPD Gua Musang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN