Tiada vaksin ‘walk in’ di Kota Tinggi - Utusan Malaysia

Tiada vaksin ‘walk in’ di Kota Tinggi

POSTER tular program vaksinasi secara walk in bagi warga Kota Tinggi yang tidak sahih di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah poster berkaitan pemberian vaksin secara ‘walk in’ khusus untuk warga daerah itu berlangsung selama tiga hari di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mawai, Taman Daiman, di sini adalah tidak benar.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Covid Immunisation Task Force (CITF) Kota Tinggi, Hazlina Jalil berkata, pihaknya masih belum berhasrat untuk melaksanakan pemberian vaksinasi secara walk-in di daerah itu.

Bagaimanapun, kata beliau, perkara tersebut sedang dipertimbang untuk dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai aspek dan perbincangan lanjut bersama CITF Negeri.

“Berikutan tular baru-baru ini dalam media sosial berkenaan pemberian vaksin secara walk-in di daerah Kota Tinggi adalah dengan ini dimaklumkan ia tidak sahih,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, poster tular itu memaparkan maklumat berkenaan program vaksinasi secara walk in pada 27, 28 dan 29 Ogos bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Turut dipaparkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi antaranya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta belum menerima janji temu di MySejahtera dan juga mempunyai penyakit comorbid.

Malah, orang ramai juga kononnya diminta membawa MyKad, bil elektrik atau air selain boleh berhubung bilik gerakan CITF Kota Tinggi untuk sebarang pertanyaan.

Tambah Hazlina, sehingga kini, terdapat tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang telah beroperasi bagi melaksanakan pemberian vaksin khususnya untuk penduduk Daerah Kota Tinggi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN