Raih kurang RM300 sebulan - Utusan Malaysia

Raih kurang RM300 sebulan

RAZALI Abd. Ghani membawa penumpang dari jeti Seberang Takir ke Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Di sebalik wajah tenang menantikan penumpang di jeti Seberang Takir di sini, tiada siapa mengetahui realiti kehidupan kalangan pemandu bot penambang yang pulang dengan tangan kosong.

Walaupun sedar laluan mencari makan makin suram terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun bagi Razali Abd. Ghani, 71, pekerjaan itu diteruskan memandangkan sudah 52 tahun menghabiskan sisa kehidupannya dengan memandu pengangkutan air berkenaan.

Katanya, dengan tambang serendah RM1 bagi perjalanan sehala ke jeti Pasar Besar Kedai Payang, pendapatan bulanan yang diraih antara RM150 ke RM300, ia tidak cukup menampung kos minyak diesel kira-kira RM400.

“Sebelum ini, hasil yang diterima mencecah RM50 sehari kerana ramai pelancong tetapi sejak Covid-19 melanda, hendak mendapatkan RM10 pun susah dan penumpang hanya terhad dalam kalangan penduduk termasuk peniaga Pasar Besar Kedai Payang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di jeti Seberang Takir di sini baru-baru ini.

Razali berkata, sehingga kini dianggarkan hanya tiga daripada keseluruhan 17 pengusaha bot penambang masih meneruskan operasi berikutan turut terhimpit dengan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Katanya, mereka terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,500 bagi kerja-kerja penyelenggaraan jika berlaku kerosakan teruk di samping membayar RM1,000 bagi memperbaharui lesen dengan Jabatan Laut Malaysia.

“Kerajaan negeri ada menyalurkan bantuan bulanan RM200 untuk pemandu bot penambang dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya