5,803 kes positif; 5,193 kes sembuh; 81 kematian - Utusan Malaysia

5,803 kes positif; 5,193 kes sembuh; 81 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 mencecah 6,000 iaitu 5,803 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,193 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 81 kes kematian dicatatkan dengan 866 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 435 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 60,646 kes aktif.

Katanya, Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,108 kes diikuti Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329) dan Pahang (220).

“Lima negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137) dan Kelantan (103).

“Hanya terdapat dua wilayah dan satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) manakala Perlis hanya merekodkan empat kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN