500 kenderaan gagal ‘cuba nasib’ balik raya di Kelantan - Utusan Malaysia

500 kenderaan gagal ‘cuba nasib’ balik raya di Kelantan

Kesesakan sering berlaku di Kota Bharu terutama pada musim perayaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terdesak mahu balik raya, ada individu cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mencetak dokumen kebenaran rentas negeri tetapi tiada pengesahan mana-mana balai.

Perkara itu dikatakan antara taktik terbaharu yang dikesan sejak semalam namun tetap gagal kerana pemeriksaan ketat di sekatan jalan raya (SJR) yang dibuat di setiap pintu masuk ke negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam tempoh 24 jam, kira-kira 500 kenderaan cuba memasuki negeri ini diarahkan berpatah balik kerana tidak memiliki dokumen sah selain alasan tidak munasabah.

“Taktik baharu kemukakan dokumen rentas negeri tanpa pengesahan balai polis ini kita lihat tindakan cuba nasib tetapi gagal. Sudah ada dua tiga pemandu berkeluarga dikesan berbuat demikian jadi kita arah mereka patah balik.

“Kompaun turut dikenakan kerana mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau tahap kawalan di Bunut Susu, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) malam semalam..

Shafien memberitahu, setakat ini pintu masuk Kelantan yang paling sibuk adalah di Gua Musang dan Pasir Puteh.

Sementara itu, Polis Selangor menegaskan tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang cuba bertindak merentas daerah atau negeri untuk pulang berhari raya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sebaliknya individu yang tetap berdegil gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikenakan kompaun serta-merta.

“Untuk semalam (kelmarin) sahaja, kita telah mengeluarkan 71 kompaun kepada individu yang cuba merentas negeri atau daerah untuk pulang beraya di kampung.

“Kebanyakan mereka ini cuba pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Oleh demikian, kita mengambil tindakan dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang tetap berdegil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Terdahulu, enam daerah di negeri ini iaitu di Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang dikenakan PKP mulai 6 hingga 17 Mei.
Bagaimanapun, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dikenakan PKP Bersyarat (PKPB).
Dalam pada itu, Arjunaidi memaklumkan pihaknya mempertingkat jumlah sekatan jalan raya di setiap daerah di negeri ini.

“Sekatan jalan raya yang dilakukan mempunyai dua kategori iaitu kekal dan secara bergerak (mobile). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya