Pesalah ingkar SOP naik semula kepada 789 individu - Utusan Malaysia

Pesalah ingkar SOP naik semula kepada 789 individu

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ditahan atas pelbagai ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) naik semula semalam dengan 789 orang berbanding 643 individu kelmarin .

Kesemua mereka diberkas Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 73,664 pemeriksaan dan melibatkan penugasan sejumlah 2,942 pasukan di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 764 orang dikompaun, 21 orang direman dan empat dijamin dengan kes tertinggi ialah tiada pelitup muka iaitu 191 individu.

“Diikuti rentas kawasan tanpa izin (160 kes), gagal sedia alat rekod butiran diri (128 kes), tiada jarak fizikal (110 kes), operasi premis lebih masa (41 kes) dan lain-lain (159 kes),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak 13,337 anggota semalam memantau sejumlah 6,000 restoran, 3,976 pasar raya, 3,717 bank, 2,632 penjaja, 1,604 kilang dan 660 pejabat kerajaan

Turut dipantau, ujar beliau ialah sejumlah 1,159 terminal pengangkutan darat selain 256 terminal pengangkutan air dan 95 terminal pengangkutan udara di seluruh negara.

Seramai 20 pendatang asing tanpa izin ditahan melalui Operasi Benteng meliputi pelbagai agensi bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan kes Covid-19.

“Empat kenderaan darat juga dirampas manakala 540 sekatan jalan raya dibuat selain pengesanan 79 buah bot atau kapal asing dicurigai berdekatan perairan negara,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, sejumlah 87 operasi sanitasi awam meliputi sebanyak 37 zon merah, tiga zon jingga, sembilan zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara semalam.

Ujar beliau, ia melibatkan penugasan seramai 460 anggota bomba selain 190 anggota daripada pelbagai pihak berkuasa tempatan dengan penggunaan sejumlah 55 jentera bomba.

Menyentuh kuarantin wajib, seramai 1,013 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya diarahkan menjalani proses itu di sejumlah 28 stesen kuarantin.

“Sejumlah 117,892 individu pulang ke negara ini sejak 24 Julai lalu melalui kuarantin wajib di 74 buah hotel serta 14 institusi latihan awam dan swasta seluruh negara,” katanya.

Seramai 489 individu terbabit dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala 110,148 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas kuarantin.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan pula, kata beliau, membuat empat pemeriksaan di seluruh negara dengan kesemuanya didapati beroperasi dan mematuhi SOP ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barang di 584 peruncit, 156 pemborong dan 33 pengilang.

Penguat kuasa kementerian itu juga melakukan 1,836 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya lima premis dikenakan amaran manakala sembilan lagi premis dikompaun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.