Kes positif, sembuh catat lebih 3,000 kes - Utusan Malaysia

Kes positif, sembuh catat lebih 3,000 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif baharu dan kes sembuh Covid-19 melebihi 3,000 iaitu 3,318 kes positif manakala 3,505 kes sembuh dengan 17 kematian.

Jumlah kumulatif kes positif pula sebanyak 258,306 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 205,774 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif pula melebihi 50,000 kes iaitu 51,579 kes.

“Terdapat 258 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 119 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai 17 kematian, Dr. Noor Hisham berkata, enam kes di Selangor, masing-masing dua kes di Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak serta satu kes di Perak, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor yang melibatkan 16 warga tempatan dan satu warga asing.

Katanya, pesakit adalah 11 lelaki termasuk seorang warga asing dan enam wanita berusia antara 54 hingga 97 tahun.

“Hanya seorang lelaki berusia 68 tahun tidak mempunyai penyakit manakala bakinya mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antaranya ialah darah tinggi, buah pinggang kronik, gout, tuberkuslosis, jantung, limfoma, kanser usus, kencing manis, dislipidemia, strok, asma, fibrosis paru-paru dan paru=paru kronik,” katanya.

Mengulas mengenai 14 kluster, beliau berkata, 13 kluster melibatkan kluster berkaitan tempat kerja dan satu komuniti.

Bagi 13 kluster berkaitan tempat kerja, katanya, lima di Johor iaitu Kluster Jalan Seelong di Kulai, seramai 327 kes dari 568 individu serta Kluster Jalan Perindustrian Elektronik melibatkan Kulai, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar, sebanyak 25 kes dari 2,190 individu dan Kluster Jalan Besar Pontian melibatkan Batu Pahat dan Pontian, sebanyak 64 kes dari 102 individu yang disaring.

“Dua lagi, Kluster Ladang Pekan di Kluang, sebanyak 18 kes dari 31 individu dan Kluster Perindustrian Pelepas melibatkan Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai, dan Muar, seramai 506 individu telah disaring, di mana 32 kes positif,” katanya.

Katanya, Perak pula dua kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Jelapang melibatkan Kinta dan Kuala Kangsar, seramai 818 individu telah disaring, di mana 24 kes positif dan Kluster Jalan Perusahaan Tiga melibatkan Larut, Matang, dan Selama serta Kerian, sebanyak 21 kes dari 26 individu yang disaring manakala Kluster Kampung Teluk adalah kluster komuniti di Manjung, 21 kes dari 43
individu.

“Dua kluster di Selangor, Kluster Tapak Bina Damar di Sepang dan Putrajaya, sebanyak 64 kes dari 701 individu manakala Kluster Taman Industri melibatkan Petaling dan Kuala Selangor, sebanyak 16 kes dari 278 individu yang disaring,” katanya.

Tambahnya, empat lagi membabitkan empat negeri iaitu Kluster Tapak Bina Pantai Dalam di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, sebanyak 94 kes dari 265 individu dan Kluster Selambau di Kuala Muda, sebanyak 136 kes dari 247 individu yang disaring.

“Kluster Teknologi Berendam melibatkan Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah, Melaka; Tampin, Negeri Sembilan; Sepang, Selangor serta Tangkak, Johor, sebanyak 41 kes dari 1,241 individu dan Kluster Pangkal Changgong melibatkan Machang, Pasir Puteh, dan Tanah Merah, Kelantan, seramai 57 individu telah disaring, di mana 14 kes positif,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya