Kes Covid-19 di Perlis dijangka terus menurun - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di Perlis dijangka terus menurun

DR. Othman Warijo (tengah) bersama kakitangan HTF melawat lot tempat meletak kereta yang baharu di naik taraf di pesisir Sungai Kechor, bersebelahan HTF, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kes Covid-19 di negeri ini dijangka terus menurun susulan kadar jangkitan tempatan yang rendah dilaporkan sejak minggu lalu.

Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF),  Dr. Othman Warijo berkata, kapasiti di pusat kuarantin dan rawatan bagi pesakit positif Covid-19 di HTF ketika ini pula hanya 30 peratus berbanding 79 peratus pada 20 Januari lalu.

Katanya, manakala purata kes jangkitan tempatan yang dilaporkan adalah seorang setiap hari iaitu melibatkan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Kebanyakan kes ketika ini adalah melibatkan kes import daripada pesakit yang bergerak ke luar kawasan Perlis yang ada berlakunya jangkitan.

“Kita juga tidak mempunyai pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini. Sebelum ini ada juga yang dalam pemerhatian ICU tapi buat masa sekarang tidak ada.

“Setakat ini, kita menyaksikan trend jangkitan tempatan yang menurun. Sehingga sekarang kapasiti katil untuk rawatan pesakit Covid-19 juga telah menurun kepada 30 peratus sahaja,” katanya dalam sidang akhbar sempena pembukaan lot tempat meletak kereta yang baharu di pesisir Sungai Kechor, bersebelahan HTF di sini hari ini.

Sementara itu, Othman memberitahu, tempat letak kereta tersebut  yang dibangunkan dan dibiayai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan mempunyai 189 lot untuk kegunaan orang awam seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan tempat letak kereta di hospital tersebut sebanyak 876 lot.

“Daripada 876 lot tempat letak kereta tersebut, 60 peratus atau 404 lot adalah untuk kegunaan orang awam yang datang ke hospital terbabit,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya