Kedai makan pun sedia patuhi norma baharu - Utusan Malaysia

Kedai makan pun sedia patuhi norma baharu

ZUHAIRI AB. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tindakan kerajaan tidak membenarkan aktiviti ‘dine-in’ atau makan dalam kawasan premis menjual makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kurang tepat.

Pengerusi Pembangunan Usahawan Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, banyak aduan diterima pertubuhan itu daripada peniaga kedai makan yang mana pendapatan mereka terjejas teruk apabila pelanggan hanya dibenarkan membungkus makanan.

Katanya, biarpun dibenarkan beroperasi, orang ramai lebih selesa makan di kedai berbanding bungkus.

“Majoriti peniaga kedai makan mahu kerajaan kaji semula arahan itu kerana dengan penjarakan fizikal dan sanitasi sebelum masuk ke kedai, memadai untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 seperti di kedai-kedai yang dibenarkan berniaga.

“Ini adalah norma baharu yang perlu terus dipraktikkan, bukan dengan bungkus dan bawa balik makanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, MITC berharap kerajaan khususnya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat mengkaji semula arahan tersebut.

Jangan nanti, katanya, bukan makanan yang dibungkus, tetapi peniaga kedai makan ‘bungkus’ kerana tidak mampu berniaga ekoran ketiadaan pelanggan.

Beliau berkata, dalam keadaan negara terus berdepan penularan pandemik Covid-19, kerajaan perlu membela kebajikan bukan sahaja pengusaha premis makanan dan peniaga trak makanan, malah pekerja, pembekal dan pemborong bahan makanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri makanan.

“Jika premis dibenarkan ‘dine-in’, ia dapat membantu memulihkan ekonomi dan kehidupan mereka dan semua yang terlibat dalam rantaiannya,” ujarnya.

Tambahan, katanya, kebenaran orang ramai makan di kedai dengan berpandukan norma baharu ditetapkan telahpun dilaksanakan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap pekerja sebuah syarikat kurier yang didakwa bertindak merosakkan barangan pengguna.

“Seperti tular dalam laman media sosial, tindakan seperti ini tidak wajar kerana ia memberikan kesan kepada peniaga dan usahawan kecil yang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan tidak bertanggungjawab tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya