Hadi Awang sedia jadi kumpulan awal terima vaksin - Utusan Malaysia

Hadi Awang sedia jadi kumpulan awal terima vaksin

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menjadi sebahagian kumpulan terawal menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kata beliau, langkah itu sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik tersebut.

“Saya telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan khususnya tentang kepentingannya terhadap usaha-usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit tersebut.

“Justeru, saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima terawal suntikan vaksin Covid-19 bersama-sama perdana menteri,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, beliau akan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Langkah itu, jelasnya, akan diikuti petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyeru semua pihak untuk bersama-sama memerangi wabak Covid-19 tanpa memikirkan soal perbezaan politik.

“Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya