26,500 tentera darat terima vaksin di seluruh negara - Utusan Malaysia

26,500 tentera darat terima vaksin di seluruh negara

ZAMROSE Mohd. Zain memeriksa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 192/20 dan Wanita Siri 46/20 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 26,500 anggota tentera darat di seluruh negara menjadi penerima terawal vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, pemberian vaksin berkenaan memberi keutamaan kepada anggota yang berada dan bertugas di kawasan zon merah.

“Kita mengutamakan mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan dan apabila dibuat pengiraan, seramai 26,500 dapat vaksinasi di peringkat pertama dan fokus kepada anggota yang beroperasi di kawasan zon merah.

“Saya serahkan kepada pihak teknikal bahagian kesihatan Angkatan Tentera Malaysia untuk mendefinasikan siapa yang dalam zon merah ini namun jumlahnya kira-kira 26,500 anggota terlibat. Jika setiap mereka mendapat dua dos, kita akan diberi sebanyak lebih 52,000 dos untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 192/20 dan Wanita Siri 46/20 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda,) dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab. Rahman; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd. Hadi.

Seramai 1,769 oPerajurit Muda yang terdiri daripada 1,538 Perajurit Muda Lelaki dan 231 Perajurit Muda Wanita menamatkan latihan bagi pengambilan kali ini.

Sementara itu, jelas Zamrose, pihaknya kini bersiap sedia sekiranya diperlukan dalam membantu menjaga keselamatan vaksin Covid-19 sebaik sahaja ia tiba di negara termasuk di pusat-pusat simpanan vaksin berkenaan di seluruh negara.

“Tapi tapi peringkat pertama ini, anggota polis yang menerima dan akan menghantar vaksin-vaksin ke kawasan-kawasan simpanan, anggota tentera tidak terlibat tetapi semua dalam keadaan siap sedia sahaja, sekiranya diperlukan baru digerakkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Tentera Darat memang ada perancangan untuk menggantikan kereta perisai Radpanzer Condor 4×4 APC (armoured personnel carrier) dan kenderaan perisai Scorpion.

“Memang dalam perancangan untuk menggantikan Condor dan Scorpion yang sedia ada, ia akan dilakukan berfasa-fasa. Seperti yang telah diamanatkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, untuk industri pertahanan supaya fokus kepada produk tempatan dan kita akan berikan keutamaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya