PKP: Dua ditahan buka kedai loteri - Utusan Malaysia

PKP: Dua ditahan buka kedai loteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedegilan dua wanita tempatan yang menjalankan aktiviti menjual loteri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, premis menjual nombor loteri berlesen di Kelana Jaya itu diserbu pada pukul 2.50 petang.

“Dua wanita berusia 36 tahun itu ditahan kerana menjalankan perniagaan yang tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu untuk beroperasi sepanjang PKP.

“Dalam serbuan itu kita turut merampas tujuh kertas putih bertulis angka, dua keping slip pembelian nombor loteri dan wang tunai berjumlah Rm147,” katanya dalam kenyataan.

Nik Ezanee memaklumkan, pihaknya turut menahan dua lelaki warga asing berusia 29 tahun dan 47 tahun di sebuah premis cuci kereta tanpa lesen di Kelana Jaya pada pukul 2.10 petang kerana gagal mengemukakan surat kebenaran beroperasi.

“Selain itu, tiga lelaki warga asing berusia antara 31 tahun hingga 40 tahun yang berada di sebuah restoran ditahan kerana tidak memakai pelitup muka.

“Kesemua tahanan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya) dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya