PUTRAJAYA: Kajian klinikal vaksin kerjasama antara Malaysia dan Institut Perubatan Biologi Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) dijangka bermula bulan depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, beliau berkata, ujian itu akan dikoordinasi Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) iaitu agensi di Institut Kesihatan Negara (NIH) di bawah Kementerian Kesihatan dan sebuah organisasi kontrak penyelidikan tempatan. Katanya, sekumpulan pakar berpengalaman diketuai pakar perubatan penyakit berjangkit,…