ALHAMDULILLAH, Kabinet Kerajaan Perpaduan telah berjaya dibentuk. Walaupun mengambil sedikit masa, iaitu hampir seminggu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah, disebabkan tawar-menawar, lobi-melobi dan sebagainya, namun kini Kerajaan Perpaduan sudah terbentuk untuk mengemudi negara.
Selain tanggungjawab besar di bahu Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dalam memulihkan ekonomi negara, tumpuan rakyat sudah tentu kepada menteri-menteri yang memegang portfolio yang ada kaitan secara langsung dengan hidup rakyat.
Sumbangan besar Mohamad Sabu dan Rafizi Ramli sudah tentu dituntut kerana makanan dan ekonomi adalah dua subjek yang terus membelenggu rakyat ketika ini.
Rakyat tentunya mahu melihat kelantangan kritikan dua menteri ini ketika di pentas ceramah diterjemahkan kepada gerak kerja berkesan untuk membantu mengurangkan atau meringankan beban dipikul.
Rakyat tidak harapkan semua masalah ini selesai dalam sekelip mata, tetapi sekurang-kurangnya ada mekanisme untuk mereka bergantung harap.
Satu lagi elemen yang menarik dalam barisan Kabinet yang diumumkan Jumaat lalu ialah mereka yang kalah kelihatan lebih bertuah daripada yang menang.
Kalau tengok kepada rekod perkhidmatan sebelum ini, dua tiga orang individu yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dan dilantik ke dalam Kabinet tidaklah cemerlang mana pun berbanding beberapa calon yang menang tetapi tidak dilantik.
Kalau dilihat pada komen-komen di media sosial ramai yang berkata, jika begini situasinya tidak perlu ada pilihan raya. Lantik saja individu yang berkenan di hati sebagai Senator lepas itu letak dalam Kabinet.
Tujuan pilihan raya adalah untuk beri mandat kepada rakyat memilih wakil mereka di Parlimen dan untuk parti yang menang letak wakil di Kabinet. Nampaknya mandat rakyat itu tidak ada nilai pun, sebab itu mereka yang terang-terang ditolak oleh pengundi mendapat keistimewaan dilantik menganggotai Kabinet. Nampaknya, pasca-PRU15 mereka yang kalah lebih bertuah. Itu adalah rezeki Allah Taala kepada mereka.
Bagi kategori kluster mahkamah tidak perlu ulas kerana kita berpegang pada prinsip seseorang itu belum bersalah hingga mahkamah putuskan demikian. Cuma mungkin agak janggal apabila anggota Kabinet terpaksa hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes rasuah.
Media tempatan mungkin boleh memilih untuk tidak melaporkan, tetapi bagaimana dengan media antarabangsa? Pasti ia akan menjadi bahan berita utama mereka. Ibaratnya, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.
Apa pun kita mendoakan yang terbaik untuk Kabinet Kerajaan Perpaduan ini. Kita harapkan dengan kekuatan dan pengalaman yang ada pada Anwar, beliau akan dapat memimpin pasukannya untuk kembali menggemilangkan Malaysia.
Walaupun dengan berat hati, rakyat terimalah keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin negara ini biar sebahagiannya tidak seperti apa yang kita mahukan.
Bagi pemimpin yang kalah pada PRU15 dan dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ini, buktikanlah bahawa mereka dipilih kerana lebih berkualiti daripada yang menang. Bukan kerana kronisme, lobi atau guna kabel.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Yang kalah lebih bertuah
ALHAMDULILLAH, Kabinet Kerajaan Perpaduan telah berjaya dibentuk. Walaupun mengambil sedikit masa, iaitu hampir seminggu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah, disebabkan tawar-menawar, lobi-melobi dan sebagainya, namun kini Kerajaan Perpaduan sudah terbentuk untuk mengemudi negara.
Selain tanggungjawab besar di bahu Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dalam memulihkan ekonomi negara, tumpuan rakyat sudah tentu kepada menteri-menteri yang memegang portfolio yang ada kaitan secara langsung dengan hidup rakyat.
Sumbangan besar Mohamad Sabu dan Rafizi Ramli sudah tentu dituntut kerana makanan dan ekonomi adalah dua subjek yang terus membelenggu rakyat ketika ini.
Rakyat tentunya mahu melihat kelantangan kritikan dua menteri ini ketika di pentas ceramah diterjemahkan kepada gerak kerja berkesan untuk membantu mengurangkan atau meringankan beban dipikul.
Rakyat tidak harapkan semua masalah ini selesai dalam sekelip mata, tetapi sekurang-kurangnya ada mekanisme untuk mereka bergantung harap.
Satu lagi elemen yang menarik dalam barisan Kabinet yang diumumkan Jumaat lalu ialah mereka yang kalah kelihatan lebih bertuah daripada yang menang.
Kalau tengok kepada rekod perkhidmatan sebelum ini, dua tiga orang individu yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu dan dilantik ke dalam Kabinet tidaklah cemerlang mana pun berbanding beberapa calon yang menang tetapi tidak dilantik.
Kalau dilihat pada komen-komen di media sosial ramai yang berkata, jika begini situasinya tidak perlu ada pilihan raya. Lantik saja individu yang berkenan di hati sebagai Senator lepas itu letak dalam Kabinet.
Tujuan pilihan raya adalah untuk beri mandat kepada rakyat memilih wakil mereka di Parlimen dan untuk parti yang menang letak wakil di Kabinet. Nampaknya mandat rakyat itu tidak ada nilai pun, sebab itu mereka yang terang-terang ditolak oleh pengundi mendapat keistimewaan dilantik menganggotai Kabinet. Nampaknya, pasca-PRU15 mereka yang kalah lebih bertuah. Itu adalah rezeki Allah Taala kepada mereka.
Bagi kategori kluster mahkamah tidak perlu ulas kerana kita berpegang pada prinsip seseorang itu belum bersalah hingga mahkamah putuskan demikian. Cuma mungkin agak janggal apabila anggota Kabinet terpaksa hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes rasuah.
Media tempatan mungkin boleh memilih untuk tidak melaporkan, tetapi bagaimana dengan media antarabangsa? Pasti ia akan menjadi bahan berita utama mereka. Ibaratnya, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.
Apa pun kita mendoakan yang terbaik untuk Kabinet Kerajaan Perpaduan ini. Kita harapkan dengan kekuatan dan pengalaman yang ada pada Anwar, beliau akan dapat memimpin pasukannya untuk kembali menggemilangkan Malaysia.
Walaupun dengan berat hati, rakyat terimalah keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin negara ini biar sebahagiannya tidak seperti apa yang kita mahukan.
Bagi pemimpin yang kalah pada PRU15 dan dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ini, buktikanlah bahawa mereka dipilih kerana lebih berkualiti daripada yang menang. Bukan kerana kronisme, lobi atau guna kabel.
Rakyat sentiasa ada untuk menilai. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved