Tragedi kepala air dan banjir lumpur melibatkan lima kampung di Kupang dekat Baling, Kedah yang setakat ini mengorbankan tiga mangsa dan menyebabkan 1,500 penduduknya terjejas serta puluhan kediaman rosak, memang menyedihkan.
Hujan lebat lebih tiga jam Isnin lalu membawa bersama lumpur tebal, timbunan pokok serta sisa kayu dari Gunung Inas berdekatan, mengakibatkan sebuah jambatan yang menghubungkan kampung di Sungai Iboi roboh manakala jalan utama terputus hubungan.
Bencana alam itu berlaku selepas hampir setahun tragedi yang sama di kaki Gunung Jerai, Yan pada 18 Ogos lalu. Ia meragut enam nyawa dan menjejaskan 2,000 penduduknya.
Fenomena kepala air sering berlaku apabila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Penyumbang utamanya adalah penerokaan kawasan hutan tanpa kawalan perancangan.
Kadangkala kawasan hilir sungai tidak hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air. Ini juga amat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.
Risikonya, aliran air sungai dan arus yang kuat ini ibarat ‘membujur lalu, melintang patah’. Ia merempuh apa sahaja yang ada di laluannya. Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.
Untuk itu, amat perlu bagi negara mempunyai sistem maklumat awal kepala air. Ia sebagaimana sistem amaran awal banjir. Melaluinya, siren akan dibunyikan apabila aras air melepasi nilai ambang tertentu untuk memberi amaran awal kepada penduduk setempat, ramalan banjir seawal tujuh hari dan amaran seawal dua hari disediakan bagi lokasi-lokasi dijangka banjir.
Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan. Air yang naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.
Walaupun, insiden ini dikategori sebagai bencana alam, langkah-langkah pencegahan dan sistem amaran awal dapat membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Kita tidak boleh berkompromi jika faktor utama penyumbangnya adalah penerokaan kawasan hutan tanpa perancangan. Ini termasuk untuk projek tanaman Musang King yang menjadikan kos melepasnya nyawa manusia dan kemusnahan harta benda orang awam.
Mereka yang terlibat mesti dikenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada orang lain. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita, Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Wujudkan sistem amaran awal kepala air
Tragedi kepala air dan banjir lumpur melibatkan lima kampung di Kupang dekat Baling, Kedah yang setakat ini mengorbankan tiga mangsa dan menyebabkan 1,500 penduduknya terjejas serta puluhan kediaman rosak, memang menyedihkan.
Hujan lebat lebih tiga jam Isnin lalu membawa bersama lumpur tebal, timbunan pokok serta sisa kayu dari Gunung Inas berdekatan, mengakibatkan sebuah jambatan yang menghubungkan kampung di Sungai Iboi roboh manakala jalan utama terputus hubungan.
Bencana alam itu berlaku selepas hampir setahun tragedi yang sama di kaki Gunung Jerai, Yan pada 18 Ogos lalu. Ia meragut enam nyawa dan menjejaskan 2,000 penduduknya.
Fenomena kepala air sering berlaku apabila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Penyumbang utamanya adalah penerokaan kawasan hutan tanpa kawalan perancangan.
Kadangkala kawasan hilir sungai tidak hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air. Ini juga amat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.
Risikonya, aliran air sungai dan arus yang kuat ini ibarat ‘membujur lalu, melintang patah’. Ia merempuh apa sahaja yang ada di laluannya. Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.
Untuk itu, amat perlu bagi negara mempunyai sistem maklumat awal kepala air. Ia sebagaimana sistem amaran awal banjir. Melaluinya, siren akan dibunyikan apabila aras air melepasi nilai ambang tertentu untuk memberi amaran awal kepada penduduk setempat, ramalan banjir seawal tujuh hari dan amaran seawal dua hari disediakan bagi lokasi-lokasi dijangka banjir.
Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan. Air yang naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.
Walaupun, insiden ini dikategori sebagai bencana alam, langkah-langkah pencegahan dan sistem amaran awal dapat membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Kita tidak boleh berkompromi jika faktor utama penyumbangnya adalah penerokaan kawasan hutan tanpa perancangan. Ini termasuk untuk projek tanaman Musang King yang menjadikan kos melepasnya nyawa manusia dan kemusnahan harta benda orang awam.
Mereka yang terlibat mesti dikenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada orang lain. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved