Malaysia mula mengambil pekerja warga asing sejak tahun 80-an yang didorong oleh perkembangan pesat dalam sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan yang memerlukan tenaga kerja tambahan ketika itu.
Tidak keterlaluan dikatakan mereka inilah tulang belakang kepada pelbagai sektor terutama pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) yang kurang mendapat sambutan rakyat tempatan. Banyak tapak pembinaan, ladang, kilang dan sektor perkhidmatan mungkin tidak hidup tanpa mereka.
Namun, keperluan terhadap pekerja asing bukan bermakna negara perlu ‘menghalalkan’ kehadiran mereka. Habis tempoh buat kerja mereka harus pulang. Masalah kepada negara akan bertimpa-timpa bila ada mula membina kehidupan di sini yang secara langsung mencuri hak rakyat tempatan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah di Kampung Budiman di Shah Alam baru-baru ini, membuka mata tentang isu kedegilan warga asing ini.
Kerja meroboh penempatan haram hasil operasi penguatkuasaan dilakukan beberapa bulan lalu tetapi hari ini kembali membina pondok baharu menggunakan sisa kayu dan papan. Seolah-olah operasi dijalankan langsung tidak menakutkan mereka.
Tinjauan di kawasan tersebut turut mendapati terdapat lebih daripada lima sambungan paip dipercayai haram yang membekalkan air bersih di situ dan penempatan haram sedia ada di Jalan Hamzah. Paip tersebut dipercayai disambung dari kawasan perbandaran di Setia Alam melalui parit tertutup bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
Persoalan lebih besar ialah mengapa masalah ini seakan-akan tidak pernah selesai. Setiap tahun ribuan pendatang asing tanpa izin ditahan. Operasi dijalankan hampir setiap minggu. Laporan angka kehadiran mereka tidak pernah susut.
Adakah sempadan negara masih terlalu mudah dibolosi? Adakah masih ada majikan yang sanggup mengambil pekerja tanpa permit kerana kosnya lebih murah? Atau wujud sindiket yang terus mengaut keuntungan hasil kelemahan penguatkuasaan? Kenapa mereka tidak diusir ke negara asal?
Itu yang berlaku di kawasan tersorok. Lokasi terbuka? Tengok lokasi tumpuan awam. Setiap hujung minggu, kawasan sekitar KLCC dipenuhi ribuan warga asing yang berkumpul.
Adakah semuanya pelancong atau pekerja yang mempunyai permit sah kerana pergerakan mereka amat bebas. Tidak nampak kelibat pihak berkuasa di lokasi tumpuan pelancong ini untuk mengawal keadaan? Kalau ada pun hanya guard, itupun warga asing. Pendekatan sedia ada perlu dinilai semula.
Sasarkan juga dalang sebenar seperti majikan yang menggaji pekerja asing tidak sah, pemilik premis yang menyewakan penempatan haram dan sindiket membawa masuk mereka ke Malaysia.
Selagi rantaian ini tidak diputuskan, operasi besar-besaran hanya akan menjadi kitaran berulang. Malaysia berhak menentukan siapa yang boleh tinggal dan bekerja di tanah ini.
Rakyat tidak menolak pekerja asing yang datang secara sah, bekerja dengan jujur dan menghormati undang-undang. Yang ditolak ialah kelemahan sistem yang membenarkan mereka yang tidak layak terus berada di negara ini tanpa rasa takut.
Daripada ribuan warga asing yang kita lihat setiap hari, berapa ramai sebenarnya datang secara sah? Jika soalan semudah itu pun sukar dijawab dengan yakin, sudah tiba masanya semua pihak melihat isu ini dengan lebih serius demi menjaga kedaulatan undang-undang dan imej negara.
Nor Afzan Mohamad Yusof ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Warga asing: Datang sah atau tidak, siapa tahu?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved