Tragedi lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub, Pahang semalam begitu memilukan.
Berita sebegini memang menyentap emosi. Pada bulan Ramadan lazimnya membawa kedamaian namun tidak buat ahli keluarga mangsa.
Jika kita yang kehilangan seorang ahli keluarga pun sudah cukup meruntun jiwa, inikan pula kehilangan lima nyawa sekali gus.
Ucapan takziah dan simpati boleh diluahkan namun ia tidak cukup supaya tragedi sama tidak berulang. Rasa sedih kita mesti diterjemahkan kepada tindakan yang lebih bermakna.
Memang benar, malang tidak berbau. Kebakaran boleh berlaku tanpa diduga, pada bila-bila masa. Mungkin faktornya lintar pintas, mungkin juga terdapat kecuaian kecil.
Namun dalam banyak keadaan, persediaan awal mampu mengurangkan risiko kerugian harta benda apatah lagi kehilangan nyawa.
Oleh itu, mengambil kira tragedi yang baharu berlaku ini, kerajaan wajar untuk melihat semula cadangan bagi mewajibkan alat pemadam api di setiap kediaman.
Cadangan ini bukan perkara baharu malah telah lama dibangkitkan oleh pelbagai pihak namun masih belum dilaksanakan.
Hakikatnya, kebanyakan kebakaran bermula daripada api kecil yang sebenarnya boleh dikawal sekiranya tindakan pantas diambil pada peringkat awal. Tindakan pantas itu bukan hanya oleh mangsa malah jiran-jiran yang terletak berhampiran.
Sebuah alat pemadam api mudah alih boleh dibeli pada harga serendah RM30. Ia merupakan pelaburan keselamatan yang sangat berbaloi. Namun sudah tentulah memiliki peralatan sahaja tidak mencukupi.
Kesedaran dan pengetahuan tentang cara penggunaannya juga amat penting. Kempen pendidikan keselamatan kebakaran perlu dipergiatkan sama ada di sekolah dan kawasan komuniti perumahan.
Ramai berpendapat, pihak berkuasa tempatan bersama agensi berkaitan juga boleh memperkenalkan program pemeriksaan keselamatan elektrik dan latihan kecemasan secara berterusan. Langkah ini tidak lagi sebagai formaliti tetapi menjadi satu bentuk perlindungan.
Penubuhan pasukan bomba sukarela mesti ditambah dan dipertingkatkan di banyak kawasan lain khususnya di luar bandar. Tujuan penubuhannya adalah untuk tindakan awal dapat dilakukan oleh orang ramai sekitar sebelum ketibaan anggota bomba profesional.
Sekurang-kurangnya selepas ini tiada lagi alasan ‘tidak boleh buat apa-apa’ oleh masyarakat ketika berlakunya sesuatu kebakaran. Ingatlah, satu tindakan pantas dan tepat boleh menyelamatkan nyawa.
Kita tidak boleh biarkan kesedihan yang sama dirasai ahli keluarga mangsa di Raub semalam dirasai pula oleh yang lain. Mungkin terlewat namun tragedi ini mesti menjadi titik perubahan.
Harta benda yang musnah mungkin boleh dicari semula namun kehilangan ahli keluarga menjadi luka sepanjang hayat. Nyawa manusia tidak boleh diganti.
Satu dasar baharu, satu kempen kesedaran seperti satu satu rumah satu alat pemadam api mesti dimulakan. Bertindak sekarang adalah satu tanggungjawab bersama.
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Wajibkan alat pemadam api di rumah

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved