TIDAK tahu sama ada mahu sokong atau tidak hasrat beberapa negeri untuk mengharamkan penjualan vape. Kalau dari segi kesihatan, sememangnya pengharaman jualan adalah langkah yang wajar diambil. Namun, kalau dinilai dari sudut bisnes, pengharaman bermaksud ramai usahawan yang sebahagian besarnya anak muda Melayu, yang akan mengalami kerugian.
Vape memasuki pasaran Malaysia di sekitar tahun 2000. Ketika itu, ia dilihat sebagai alternatif yang ‘lebih sihat’ kepada rokok. Ramai yang kononnya mahu berhenti merokok beralih kepada vape. Bagaimanapun, ramai yang menghisap vape tetapi tidak pun berhenti merokok. Rokok terus dihisap, vape pun disedut.
Selepas hampir 25 tahun berada di pasaran, vape sudah menjadi satu industri yang besar. Industri itu kini bernilai lebih RM3.5 bilion berbanding RM2.3 bilion kira-kira lima tahun lalu. Pengguna vape meningkat 53 peratus dari tahun 2019 hingga 2023 dengan jumlah pengguna dewasa meningkat 27 peratus kepada 1.4 juta orang.
Justeru, langkah beberapa negeri untuk mengharamkan penjualan peranti itu tentunya akan mendapat tentangan kuat. Larangan ini sepatutnya diambil dari awal seperti Johor yang mula melarang penjualan vape sejak 2016.
Thailand, Brunei dan Singapura pula melarang terus penjualannya sejak dari awal lagi. Sebab itu tiada isu berbangkit di negara-negara berkenaan.
Terengganu hampir pasti melaksanakannya apabila memberikan tempoh tiga bulan sehingga 1 Ogos ini kepada peniaga sedia ada untuk menghabiskan stok dan beralih ke perniagaan lain. Tiada lesen baharu akan dikeluarkan. Negeri-negeri lain seperti Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor masih dalam peringkat cadangan.
Menurut Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), industri vape bakal berdepan kerugian lebih RM1.8 bilion sekiranya negeri-negeri itu mengambil langkah mengharamkan secara total penjualan vape. Tidak pasti sama ada larangan jualan itu termasuk larangan menghisapnya.
Perlukah kerajaan tunduk kepada desakan peniaga? Atau adakah kerajaan negeri bersikap terburu-buru tanpa membuat kajian menyeluruh dan libat urus dengan pemegang taruh industri.
Justeru, adalah lebih wajar bagi semua kerajaan negeri melihat dahulu keberkesanan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang kini dalam proses penguatkuasaan berperingkat sebelum berkuat kuasa sepenuhnya mulai Oktober ini. Akta itu akan menjadi panduan bagaimana produk merokok perlu dikendalikan terutama dari segi jualan, pemasaran, pembungkusan, pelabelan dan advokasi.
Lagi pun, adalah tidak adil untuk melarang penjualan vape sahaja sedangkan rokok yang mungkin lebih berbahaya dan turut disalahgunakan untuk tujuan pengambilan dadah tidak pernah dibangkitkan untuk diharamkan jualannya.
Tambahan pula, isu magic mushroom yang dikaitkan dengan vape sehingga membawa kepada cadangan larangan jualan peranti vape sebenarnya adalah isu dadah yang perlu ditangani oleh pihak berkuasa dadah dan polis. Jangan hukum peniaga yang sah dan tidak bersalah.
Pastinya, larangan menjual vape bukanlah kaedah terbaik untuk mengelakkan penggunaan yang salah, sebaliknya, peraturan ketat dan penguatkuasaan yang tegas adalah lebih praktikal dan bertanggungjawab serta adil untuk semua.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia – UTUSAN
Vape: Jangan hukum peniaga yang tidak bersalah

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved