Utamakan kedi tempatan, nyah kedi ‘haram’ warga asing
Oleh Imran Mohamad Nor
15 November 2024, 7:20 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Keluh seorang kawan yang juga usahawan… “Susahnya hendak berniaga secara jujur di Malaysia sekarang ini, banyak halangan dan cubaan. Tetapi senang saja kalau berurusan secara haram.”
“Saya sedia memenuhi pasaran kedi tempatan kepada semua kelab golf di negara ini yang memerlukannya. Tetapi saya cukup kecewa apabila mereka (pengurus kelab) enggan mengambil kedi-kedi saya untuk ditempatkan di kelab-kelab golf tempat mereka. Apakah kedi warga asing itu lebih penting berbanding kedi warga tempatan yang dilatih dan dibimbing dengan baik oleh akademi saya?”
Mendengar keluhan itu, ternyata beliau cukup kecewa dengan sikap kebanyakan pengurus kelab-kelab golf di negara ini yang enggan bekerjasama dengan akademinya dalam pengambilan kedi tempatan untuk bekerja di kelab-kelab golf tempat mereka.
Sekarang ini memang terdapat begitu ramai kedi warga asing bekerja di kelab-kelab golf terkenal di seluruh negara terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Kedi warga asing ini dipercayai menguasai 80 peratus sektor kedi dengan tidak mempunyai permit kerja sah.
Baru-baru ini Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban mendedahkan kepada Utusan Malaysia bahawa hanya 324 daripada 2.4 juta pekerja asing yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) didapati bekerja sebagai kedi di kelab-kelab golf negara ini.
Bayangkan, hanya 324 kedi yang mempunyai PLKS sedangkan yang bekerja sebagai kedi sekarang ini ialah seramai 1,740 orang. Maknanya seramai 1,416 kedi asing bekerja tanpa permit sah di kelab-kelab golf negara ini.
Jelas sekali, tindakan kelab-kelab golf yang menggajikan pekerja asing ‘haram’ sebagai kedi melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Justeru, pihak berkuasa selain imigresen seperti Jabatan Tenaga Kerja dan Perkeso juga perlu bersama menangani isu ini dengan segera. Tidak hanya membuat serbuan warga asing haram di pusat-pusat hiburan semata-mata tetapi perlu juga ‘menjenguk’ lebih 150 kelab golf di negara ini yang menggaji pekerja asing.
Jika masalah kedi haram warga asing ini dapat diselesaikan, ia sekali gus mengatasi masalah kedi tempatan yang dianaktirikan oleh sesetengah kelab golf, selain memberi peluang lebih ramai kepada golongan belia bekerja sebagai kedi dengan pendapatan mampu mencecah RM4,000 sebulan.
Memang tidak dinafikan memang wujud masalah dengan sikap kedi tempatan dari segi disiplin tetapi itu hanyalah segelintir sahaja dan pihak kelab tidak perlu risau kerana pihak akademi yang bertanggungjawab boleh menyelesaikannya.
Dengan memerangi kedi haram ini juga, kerajaan dapat menyelamatkan pengaliran keluar wang berjumlah RM2.8 juta ke luar negara setiap bulan. Namun apa yang lebih penting, pendapatan hasil urusan haram kedi-kedi warga asing ini harus diterjemahkan kepada sumber pendapatan halal kelab dan kedi warga tempatan.
Inilah masanya bagi kelab-kelab golf utamakan kedi tempatan berbanding kedi ‘haram’ warga asing. Ingatlah peribahasa Melayu – ‘Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.’ – UTUSAN
Imran Mohamad Nor, Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved