TERKINI
Bekas pengintip FBI, Russia ditemukan mati dalam penjaraPulau Pinang milik Kedah: Keterangan Sanusi diambil esokNafuzi mahu momentum kemenangan Sang Kenari berterusanSivasangari ketuai cabaran Malaysia ke pusingan kedua Kejohanan AsiaRM19.8 juta dibelanjakan untuk Sukan SEA KembojaLelaki pukul kepala pemandu wanita sudah ditahanEkspedisi 22,000 kilometer sempena sambutan 66 tahun kemerdekaanPerdana Menteri dijangka hadir sambutan majlis perayaan Gawai Dayak di Kuching esokDua pemimpin Amanah terajui Kada, MadaKetua polis daerah ditahan SPRM terima rasuah RM1 juta
Menu
Untung rugi menjadi T20
Tahniah anda sudah masuk dalam kategori T20!
Itu antara dialog dalam satu video parodi apabila kerajaan mahu menarik subsidi elektrik daripada mereka yang termasuk dalam kategori T20.
Lelaki dalam video itu sebenarnya menghubungi sebuah syarikat utiliti untuk membuat aduan apabila bil elektriknya tiba-tiba tinggi tetapi akhirnya tersenyum simpul apabila menerima ucapan tahniah dia sudah dikategorikan sebagai T20.
Siapa tidak bangga dikatakan berada dalam kumpulan masyarakat yang pendapatannya paling kurang RM10,971 sebulan. Senang cakap mereka yang berada dalam T20 dianggap sebagai orang kaya, hidup senang lenang, memandu kereta mewah, tinggal di rumah besar atau pun agam di kawasan elit.
Status tersebut meletakkan mereka dalam kumpulan 20 peratus rakyat negara ini yang istimewa dan dipandang tinggi dari segi status sosial termasuk taraf pendidikan mereka yang tinggi dan berjawatan besar.
Namun T20 juga sama seperti orang lain yang mempunyai tanggungan. Besar periuk besarlah keraknya. Kereta, rumah besar dan pelbagai lagi keperluan harian mereka, semuanya melibatkan kos.
Tidak salah berbelanja besar untuk diri sendiri kerana T20 mampu membayarnya dan lagi pula, mereka yang menjana ekonomi dan perniagaan kerana kuasa beli yang tinggi.
Kalau dulu pengkelasan B40 untuk isi rumah bawah RM4,850 ke bawah dan M40 pula di bawah RM10,970 dan T20 diwujudkan bertujuan memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program bagi menjaga kebajikan rakyat sesuai dengan pendapatan mereka, tetapi kini keadaannya sudah berbeza
Selama ini B40, M40 sering mendapat perhatian kerajaan yang memberi pelbagai insentif dari segi subsidi dan bantuan lain untuk meringankan beban hidup mereka ekoran kenaikan kos sara hidup, kini T20 juga menjadi tumpuan.
Namun ia mungkin tidak menggembirakan sebahagian daripada mereka tidak lama lagi apabila sedikit demi sedikit subsidi yang diterima selama ini akan ditarik balik.
Mereka akan membayar bil elektrik pada harga pasaran. Pergi haji pun dengan kos sebenar, tiada lagi diskaun. Malah pelaksanaan subsidi bahan api secara bersasar juga akan menyaksikan mereka membeli petrol atau diesel pada harga yang diapungkan.
Mungkin sebahagiannya juga tidak kisah dengan penarikan subsidi itu dan percaya rezeki yang dikongsi bersama orang lain akan menambahkan lagi kekayaan mereka atau akan meningkatkan lagi semangat untuk bekerja lebih keras membina kekayaan.
Namun berapa lama semangat itu mampu bertahan terutama T20 yang isi rumahnya di bawah RM15,000 dan tinggal di bandar besar. –UTUSAN
RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.
‘Bertudung menari, bukannya bergelek’
Doakan saya – Ali XPDC
Program Pengajian Melayu penting untuk negara
Guna invois berbeza, kartel dan integrator tipu harga ayam di ladang?
Kemerosotan ringgit tidak jejaskan prestasi ekonomi