Undi 18 bukan main-main - Utusan Malaysia

Undi 18 bukan main-main

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung dalam tempoh 60 hari buat pertama kalinya menampilkan pengundi bawah usia 21 tahun. Mereka didaftar secara automatik dan setakat ini dianggarkan 1.14 juta belia mengundi pertama kali.

Pada PRU15, sebanyak 21.1 juta pemilih yang berdaftar dengan 1.4 juta daripadanya adalah pengundi baharu. Jumlah paling ramai dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Malah, golongan ini juga dikatakan bakal menentukan pola geopolitik negara selepas ini berdasarkan jumlah mereka yang mampu memberikan kesan kepada setiap calon yang bertanding.

Apabila kelayakan mengundi dibuka kepada usia 18 ke 20 tahun, ia merupakan satu cabaran kepada bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga kepada sistem pentadbiran kerana golongan ini masih mentah dalam banyak aspek terutama masa depan negara.

Kematangan dalam soal memilih kerajaan baharu bukan perkara ‘main-main’ kerana tersilap pilih banyak kerugian yang perlu ditanggung sedangkan tempoh lima tahun bagi setiap penggal sepatutnya dipenuhi dengan agenda pembangunan negara.

Cabarannya bagaimana golongan ini dapat disedarkan dengan tanggungjawab memilih tanpa mengorbankan integriti dan tanggungjawab yang diberikan undang-undang.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf usia 18 tahun sebagai cukup dewasa dan boleh membuat keputusan.

Pada usia 18 tahun, seseorang itu dianggap mampu menyumbang kepada sosioekonomi masyarakat, memikul tanggungjawab kerakyatan, tertakluk di bawah kontrak perjanjian, membayar cukai, diberi hak untuk berkahwin dan bekerja.

Malah, golongan ini juga diiktiraf bertanggungjawab penuh kepada diri sendiri. Maknanya, semua senarai yang dipertanggungjawab kepada usia 18 tahun memberi makna yang besar sehingga dibenarkan untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

Ini secara tidak langsung memberikan hak demokrasi kepada anak-anak muda dalam usia tersebut memilih pemimpin yang mewakili pelbagai peringkat umur dalam pentadbiran negara. Hakikatnya ia tidak semudah itu, namun akta telah dibuat.

Walaupun pada peringkat awal ramai yang ragu-ragu tentang kemampuan golongan muda berpolitik, namun ramai yang berpendapat ia merupakan pendedahan yang baik untuk mendalami politik dalam usia itu sebelum matang dalam tempoh yang singkat.

Seperkara lagi, inilah masalah mencari barisan pelapis baharu bagi menggantikan ahli-ahli politik veteran yang telah begitu lama berkhidmat dengan harapan orang muda dapat menyuntik idea-idea baharu yang segar menjadikan negara lebih berdaya saing.

Cumanya, apa yang dikhuatirkan apakah kelompok usia muda ini terutamanya bagi usia 18 dan 19 tahun tahu menunaikan tanggungjawab mereka tanpa dipengaruhi mana-mana elemen negatif atau hasutan melampau demi kepen­tingan tertentu.

 

Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya