TERKINI
Kerajaan Perpaduan bentuk Jawatankuasa Pilihan Raya hadapi PRNLiga Malaysia: Negeri Sembilan hanya ambil tiga pemain importLapan kereta kena pecah, barang berharga lesap dilarikanRapat dengan Ubai, Shila Amzah mengaku sedang bahagiaTERKINI: Turkiye umum tempoh darurat 3 bulanKemelut Raihan, Nazrey Johani bakal terungkai dalam konsertRinani ambil alih KL City FCIsteri, ibu komplot culik kekasih suamiTiga penuntut IPTS ditahan disyaki edar dadahHassan Marican ketuai badan penasihat khas Menteri Kewangan
Menu
Tragedi musim perayaan merugikan
MENJELANG Tahun Baharu Cina pada Ahad ini, dianggarkan dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya, meningkat 20 peratus berbanding jumlah aliran trafik pada hari biasa.
Slogan ‘kelajuan boleh membunuh’ perlu menjadi ingatan kepada semua pengguna jalan raya yang mulai pulang ke kampung halaman sejak semalam.
Tiada gunanya pulang dengan jasad yang kaku sedangkan perayaan sepatutnya disambut meriah. Lonjakan alir trafik luar biasa tidak akan menjadi bermasalah sekiranya semua pengguna jalan raya berdisiplin dan tidak gopoh semasa memandu.
Sedekad yang lepas, purata 6,540 orang terbunuh dalam nahas jalan raya setiap tahun di negara ini dengan sebahagian besarnya melibatkan belia dan kanak-kanak.
Laporan tahun statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 2011-2020 menunjukkan kadar kematian akibat nahas jalan raya mencatat angka tertinggi pada 2016.
Namun, jumlahnya menurun mendadak pada tahun 2020 dengan 4,634 kematian disebabkan pengurangan bilangan kenderaan di jalan raya, itupun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan Covid-19.
Sepanjang 10 tahun lalu, kematian melibatkan motosikal mencatat bilangan yang tinggi kira-kira 60 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan.
Jika mengikut kumpulan umur, kanak-kanak dan belia berusia 0 hingga 30 tahun merupakan penanggung risiko kematian yang paling tinggi iaitu 50 peratus daripada jumlah kematian berbanding kumpulan usia 31-60 tahun dan 61 tahun ke atas.
Daripada data tersebut jelas menunjukkan golongan muda terdedah kepada risiko yang lebih tinggi semasa berada di jalan raya.
Fakta tentang nilai kehidupan statistik tahun 2018 yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan setiap kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya dianggar melibatkan implikasi kewangan sehingga RM3.12 juta seorang.
Kos ini merangkumi aspek kehilangan efisiensi dan kos baik pulih infrastruktur dan perubatan, tidak termasuk isu sosial yang perlu ditanggung oleh keluarga mangsa.
Menurut laporan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2022-2030, ini bermakna kerajaan kehilangan RM56.15 juta sehari atau hingga RM21 bilion setahun berdasarkan jumlah kematian yang direkodkan.
Selain mengundang risiko kecederaan dan kematian, kemalangan juga membawa implikasi kewangan yang tinggi bagi tujuan pembaikan infrastruktur dan kos perubatan yang ditanggung oleh kerajaan. – UTUSAN
Ayam: Kerajaan kena campur tangan, elak monopoli kartel
Pecat, gantung perkara biasa dalam politik
‘Kepincangan’ bahasa Melayu di SJKC bukan palsu
Capgome punya maksud tersirat
Wajibkan ujian poligraf, tapis perasuah dari awal