KEJADIAN tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka meragut 33 nyawa selepas semua mayat ditemui. Tragedi yang tidak disangka ini berlaku beberapa hari selepas ulang tahun kejadian Highland Towers yang meragut 48 nyawa 29 tahun lalu.
Kedua-dua tragedi ini akan tercatat antara tragedi paling menyedihkan dalam sejarah negara bersama kejadian lain seperti runtuhan Bukit Antarabangsa, Pos Dipang dan kepala air di Yan Kedah.
Sepatutnya kira-kira 90 pelawat yang tidak bersalah itu menikmati masa dan pengalaman perkhemahan yang penuh kegembiraan. Mereka akan merakam ‘selfie’ di kawasan indah bersama anak, saudara dan rakan dalam cuaca hampir Mediterranean.
Ibu dan anak akan mempunyai gambar kenangan bersama ketika melakukan perkhemahan, idaman setiap anak kecil yang mahu melakukan sesuatu bersama ibu bapa mereka. Pengalaman meluangkan masa tidur dalam khemah dan bermain di sungai akan diceritakan kepada datuk atau nenek apabila pulang.
Semua itu bagaimanapun bertukar menjadi mimpi ngeri.
Awal pagi Jumaat lalu ratusan ribuan tan tanah yang cukup untuk mendatarkan beberapa padang bola menghempap khemah mereka. Tidak apa yang dapat dilakukan ketika anggota perkhemahan sedang nyenyak tidur.
Apabila cahaya matahari terbit, apa yang tinggal hanya kemusnahan, dicetuskan kuasa alam. Daripada satu mimpi indah kepada igauan terburuk yang tidak boleh dibayangkan. Pasukan penyelamat menemui mayat seorang ibu mendakap anaknya, naluri seorang ibu yang sentiasa melindungi anaknya.
Apa yang didengar kini adalah jeritan tangisan oleh keluarga mangsa apabila satu demi satu mayat mangsa dituntut keluarga. Kesedihan ini tidak akan terpadam kepada keluarga semua mangsa.
Adakah kejadian ini boleh dielakkan? Ia adalah tragedi dan bukan bencana. Ia bukan letusan gunung berapi, gempa bumi atau tsunami tidak dapat dielakkan. Semua mangsa Tragedi Batang Kali bukan berada di kawasan gempa.
Ini kawasan yang terletak hampir 1.5 kilometer yang menghempap anggota perkhemahan. Akhbar ini telah melaporkan beberapa bulan lalu mengenai terdapat lebih 250 kawasan cerun berisiko terutama di Semenanjung.
Selepas Highland Towers dan Bukit Antarabangsa, tidakkah kita belajar apa-apa daripada semua tragedi ini?
Ini seperti alasan bahawa banjir kerana hujan lebat luar biasa. Bila banjir berlaku tanpa hujan. Tiada siapa mengkaji puluhan kilometer sungai dan isipadu air yang boleh ditampung selepas 30 tahun.
Air membawa kelodak dan ia mencetekkan sungai dan alasan kita hujan lebat luar biasa atau parit tersumbat.
Apa kerja PBT membersihkan setiap sistem saliran dan jabatan bertanggungjawab mendalamkan sungai.
Cuba beritahu kepada penduduk Dengkil yang tidak pernah mengalami banjir sejak 30 tahun lalu tetapi diarah berpindah dua kali dalam tempoh beberapa minggu.
Tragedi Batang Kali adalah contoh kenapa cerun yang sudah dikenali gagal dikuatkan bagi mengelak runtuhan.
Sama ada kealpaan, kelekaan, kecuaian, atau kewangan yang sepatutnya boleh mengelak tragedi ini daripada berlaku.
Pelbagai siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca. Hasil siasatan tidak bermakna jika tidak diikuti dengan tindakan atau pengorbanan 33 mangsa tragedi Batang Kali adalah kematian yang sia-sia.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Tragedi Batang Kali… kita masih tidak belajar

Media Mulia TV